Penyokong JDT Kepung Pemain dan Penyokong Pahang


Johor Bahru, kekecohan dicetuskan segelintir penyokong tuan rumah menyebabkan kira-kira 100 penyokong dan juga pemain Pahang tidak dapat keluar dari Stadium Tan Sri Hassan Yunus sebaik perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang, di sini berakhir sebentar tadi.

Tindakan provokasi segelintir penyokong termasuk menghambur kata-kata kesat menyebabkan situasi bertukar tegang dan memaksa pasukan keselamatan daripada Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan mengambil langkah berjaga-jaga.

Sehingga 12.20 tengah malam tadi, penyokong masih enggan bersurai walaupun dinasihatkan pihak keselamatan.

Kekecohan dipercayai berpunca daripada insiden kekasaran ke atas pasukan JDT sewaktu Liga Super di Kuantan sebelum ini.

Pahang membawa pulang bekal kelebihan jaringan di tempat lawan apabila mengikat JDT 1-1 di sini, dalam saingan malam tadi.

Tidak Ada Istilah Pemilihan - TMJ

Hanya penyerahan  jawatan dalam kalangan ahli keluarga. Itulah yang disifatkan TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkaitan Presiden FAM pada kongres badan induk itu, 25 Mei ini.

Ia merujuk penyerahan jawatan itu daripada Presiden FAM sekarang, Sultan Ahmad Shah kepada anakandanya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, TMJ berkata, tidak akan ada istilah pemilihan sebenar pada kongres itu nanti.

“Saya tahu tidak ramai orang mahukan saya berada dalam FAM. Saya berterus terang, saya tidak berminat (jawatan Presiden FAM) kerana benda ini jelas tidak ada istilah pemilihan.

“Ia hanya akan diturunkan daripada ayah kepada anaknya dan saya rasa seluruh negara tahu.

“Saya tidak pandai berdrama depan rakyat Malaysia kononnya ada pemilihan. Pencalonan itu ada tetapi saya sendiri sudah tahu apa akan terjadi.

“Saya tidak terhegeh-hegeh atau harapkan sangat,” katanya pada sidang media selepas memperkenalkan pemain import baru Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di sini semalam.

Presiden PBNJ itu berkata, beliau cintakan bola sepak dan sudah melakukan perubahan di Johor.

“Insya-Allah saya boleh lakukan juga kepada negara tetapi jika ahli gabungan berasakan Tengku Abdullah lebih sesuai sebagai presiden, itu pilihan mereka dan saya hormati keputusan mereka.

“Saya harap Tengku Abdullah lakukan perubahan untuk bola sepak negara,” katanya dipetik Berita Harian.

Selangor Terlepas Peluang Duduki Tangga Teratas Liga

Selangor melepaskan peluang untuk berada di tangga teratas Liga Super apabila hanya terikat 0-0 menentang Terengganu di Stadium Shah Alam.

The Red Giants kini berada di tangga kedua, berkongsi mata (28) dengan Pahang yang dibezakan dengan jumlah jaringan. Pahang memiliki 11 perbezaan jaringan manakala Selangor memiliki 6 perbezaan jaringan buat setakat ini.

Dalam aksi yang berlangsung malam tadi, Selangor gagal memberi ancaman yang serius terhadap gawang Terengganu, sebaliknya jentera serangan skuad dari pantai timur itu dilihat lebih tajam, namun kecekapan Mohd Farizal Marlias kerap kali menafikan asakan Selangor.

Terengganu memiliki peluang terbaik di separuh masa pertama apabila tandukan Javier Estupinan yang menyambut sepakan percuma Ismail Faruqi dikeluarkan oleh Farizal. 

Kebuntuan kedua-dua pasukan untuk mencari gol terheret ke separuh masa kedua, malah penampilan penyerang sensasi Selangor, Paulo Rangel turut tidak mampu berpuat apa-apa. 

Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic memasukkan pemain baru mereka Mohd Nazmi Faiz Mansor di minit ke-60 dengan harapan untuk mencari kemenangan, namun keputususan 0-0 kekal hingga wisel penamat dibunyikan, sekaligus memberikan satu mata kepada kedua-dua pasukan.

Aksi tersebut melengkapkan 14 perlawanan untuk kesemua 12 pasukan yang bersaing dalam Liga Super. 

Tandas Berkubah Yang Menyerupai Masjid Di Pusat Peranginan Di Desaru

Sekali pandang nampak seperti Masjid atau setidak-tidaknya surau tempat Umat Islam beribadat. Dengan rekaan kubah dan bentuk binaan seperti tempat Ibadat orang-orang Islam ini sebenarnya sebuah tandas! Binaan yang amat biadap dan kurang ajar ini terletak di Malaysia, lebih khusus lagi terletak di negeri Johor. Tandas biadap ini berada di dalam pusat peranginan Lotus Desaru Beach Resort, Desaru, Johor.

Mengapakah pihak berkuasa tempatan tidak prihatin sewaktu pembinaannya atau adakah pemilik pusat peranginan membina tandas ini tanpa mendapat kelulusan ohak majlis tempatan. Pihak berkuasa tempatan dan negeri wajib mengambil tindakan tegas terhadap pemilik resort untuk merobohkan bentuk binaan yang nenyerupai Masjid ini. Kita tidak mahu usaha halus pihk-pihak tertentu hendak menghina Islam berleluasa.


Kisah Pengasas Malay Nasional Bank


Kuala Lumpur: Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia.

Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria. Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli beli Bangsar.

Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.

Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 - 7 November 1991).

Pengasas Malay Nasional Bank

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation.