Islam Terus Dihina, Bila MELAYU Nak Bangkit?

Lagi kisah penghinaan kepada agama Islam dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta cuba mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Tapi adakah rakyat Islam di Malysia MARAH?

Baru-baru ini tersebar berita seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama Sally Yen menghina Islam dalam sebuah laman sosial milik beliau. Jika dilihat dalam laman sosial milik makhluk ini jelas beliau adalah penyokong tegar Pro PemBANGANG.


Persoalan sekarang adalah kenapa MELAYU Islam di negara ini hanya MENGAMUK di laman sosial tapi tidak turun seperti di Padang Merbok, depan Sogo, Dataran Merdeka, Amrcorp Mall serta mana2 stadium yang mampu mengumpul seberapa ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menunjukkan tentangan kepada puak-puak pelampau saban hari semakin berani menghina Islam? Mana Pemuda PAS, unit amal PAS, Mursyidul Am PAS dan PAS PIS PUS yang lain kerana mereka ini dengan lantang menentang kerajaan kerana Islam. Bila rakan dari pihak mereka menghina Islam kenapa tidak menentang?

Seandainya atas sebab sama fahaman politik menidakkan tindakan PAS PIS PUS untuk menentang kebiadapan lahanat ini kenapa tidak Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO, Perkasa, Perkida & NGO-NGO Islam lain bergabung untuk menunjukkan kemarahan mereka kepada golongan yang berani mencetuskan provokasi seperti ini.


Jika dilihat dari laman sosial milik Sally Yen dapat dipastikan adalah itu bukan milik sebenar seperti gambar amoi di atas sebab hanya ada dua gambar amoi dalam akaun tersebut. Tidak mustahil ini adalah akaun palsu. Apa yang kita perlu sedar adalah mereka ini semakin berani & cerdik untuk menghina Islam sedangkan rakyat yang beragama Islam di Malaysia ini masih ramai yang BODOH & mudah diperBODOHkan. Rakyat Islam di negara ini tidak mahu bersatu bahkan ada yang mahu meludah kepada sesiapa yang ingin menyatukan bangsa Melayu yang beragama Islam di negara ini.

TAHNIAH MELAYU!!!




10 Model Kereta Turun Harga

KUALA LUMPUR 10 Jun - Janji kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menurunkan harga kereta ditunaikan dengan mengurangkan harga 10 model kenderaan dari pelbagai jenama.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Mohamed Madani Sahari berkata, model yang dikurangkan harga kereta terdiri dari jenama Proton, Perodua, Volkswagon, Peugeot dan Honda.

"Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan.

"Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, bagi model kenderaan import pemasangan tempatan (CKD), jumlah duti eksais adalah pada tahap 65 hingga 105 peratus tetapi jumlah sebenar yang dikenakan hanyalah 40 peratus sahaja.

Katanya, penambahan nilai terhadap komponen tempatan terhadap kenderaan CKD menyebabkan kenderaan tersebut boleh dikurangkan harganya.

Tambah beliau, langkah lain yang digunakan kerajaan dalam mengurangkan harga kereta adalah dengan melakukan liberalisasi industri automotif tempatan dan kaedah tekanan pasaran.

"Dari semasa ke semasa, pengeluar kenderaan, vendor bersama dengan kerajaan akan membuat inisiatif untuk memperkasakan daya saing sektor automotif untuk membantu mengurangkan kos operasi, sekali gus mempengaruhi harga akhir produk," jelasnya.

Mengenai kenderaan yang diturunkan harganya, model-model tersebut merangkumi Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PBNP Terkilan

Jurulatih serta pemain Pahang menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban PBNP menjelaskan denda yang dikenakan atas kejadian 28 mei yang lau.


KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) terkilan dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang seolah-olah membayangkan persatuan itu mengambil keuntungan daripada insiden pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini pada 28 Mei lalu.

Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, kenyataan seumpama itu bukan sahaja mempertikaikan integriti persatuan ini tetapi seolah-olah menghukum peminat dan penyokong bola sepak Pahang.

"Kami berpendapat kenyataan seumpama itu tidak seharusnya keluar daripada seorang Menteri kerana selain berat sebelah dan tidak membina, ia juga menjatuhkan semangat peminat bola sepak.
"PBNP dapat merasakan kekecewaan peminat dan penyokong bola sepak Pahang terhadap kenyataan itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PBNP, Rizal Chek Hashim pada sidang akhbar di sini semalam.

Yang hadir sama, Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim.

Pada majlis itu juga turut diadakan kutipan derma bagi membantu mengurangkan beban PBNP untuk membayar denda sebanyak RM100,000 yang dikenakan akibat insiden tersebut.

Khairy sebelum ini dilaporkan menyalahkan PBNP dan pesuruhjaya perlawanan ketika itu yang gagal bertindak dengan baik sehingga menyebabkan perlawanan ditunda.

Khairy juga mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60,000 tiket yang dikeluarkan kepada PBNP.

Menurut Tengku Abdul Rahman, PBNP percaya kenyataan itu dibuat kerana ketidakpekaan atau terlepas pandang Khairy terhadap fakta sebenar insiden tersebut.

"Beliau seharusnya memberi kritikan, cadangan dan buah fikiran yang positif supaya insiden seumpama itu tidak berulang terutamanya ketika negara menyaksikan kebangkitan sokongan peminat.

"Daripada menuding jari mencari kesalahan sesama kita adalah lebih wajar untuk semua pihak berganding bahu mencari jalan supaya tahap sokongan ini semakin meningkat," katanya.

Kata beliau, perhatian juga perlu diberikan kepada aspek meningkatkan kemudahan dan keselamatan di semua lokasi perlawanan liga kebangsaan bagi menjamin ketenteraman dan keselesaan pemain serta penyokong sepanjang masa.

"Kami harap semua pihak peka terhadap perasaan peminat dan penyokong bola sepak negeri ini yang bersusah payah datang ke stadium," katanya.

Dalam pada itu, katanya, PBNP juga akur terhadap keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang menjadualkan semula perlawanan tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan Pahang diberi status tuan rumah.

"Tindakan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP seharusnya tidak dipersoal kerana ini adalah dianggap wajar dan bersesuaian dengan status tuan rumah yang diberikan oleh FAM kepada PBNP," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130606/su_01/Terkilan-kenyataan-Khairy#ixzz2VUFSoTdO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Senarai 4 Orang Dikehendaki Polis

Berhubung kes penghinaan kepada YDP Agong pihak polis telah menahan seorang wanita di Taman Nirvana Ampang.


Sehubungan itu polis minta 4 lagi tampil untuk memberi keterangan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan kes tersebut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tumpu Kepada Saingan Liga Super - Dollah Salleh

JURULATIH pasukan Pahang, Dollah Salleh mahu anak didiknya melupakan kegagalan melangkah ke pentas akhir Piala FA selepas dikecewakan pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Sabtu lalu.

Sebaliknya, beliau ingin  memberi perhatian kepada kempen Liga Super dan misi memburu kejuaraan Piala Malaysia.

"Kita harus beri sepenuh perhatian untuk baki saingan liga. Malah, hasrat Pahang mencabar gelaran  Piala Malaysia masih terbuka.

"Kita akui kecewa gagal ke final tapi tetap berpuas hati melihat pemain menunjukkan persembahan bertenaga sehingga tiupan wisel terakhir perlawanan," katanya.

Skuad Tok Gajah menghuni tangga kelima hasil lapan menang, lima seri dan lima kalah bagi mengutip 29 mata.

Perlawanan seterusnya bakal dilalui Pahang adalah berdepan Perak di Stadium Darul Makmur, 22 Jun depan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seniman S. Shamsuddin Meninggal Dunia

Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.

Pelakon komedi era P.Ramlee ini antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kenyataan KJ Diambil Dari Maklum Balas Orang Ramai Terhadap Tindakan FAM?


"APA saya boleh buat. Saya hanya bagi pandangan ikhlas mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang terkilan dengan teguran beliau.

Khairy bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan ketika diajukan wartawan pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Hassan Haji Sail, di sini, semalam.

Sebaliknya, beliau hanya menyifatkan pandangan disuarakan itu selaras dengan jawatan menteri yang menjaga perkembangan sukan tanah air.

Sebelum ini, Khairy membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.

FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP.

Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Khairy berkata, kenyataan dibuatnya itu merupakan pandangan diambil daripada maklum balas orang ramai yang mempersoalkan keputusan diambil FAM.



Bagaimanapun, kenyataan Khairy mengundang rasa kurang senang Sultan Ahmad Shah.

- SINAR HARIAN

*Kaji dulu sebelum keluar statement boss

Punca GAJAH Mengamuk Di Stadium

Apa lagi JDT Mahu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hina Agung, NGO Buat Laporan Polis Di Kuantan

NGO Suara Anak Muda 1Malaysia buat laporan polis di IPD Kuantan

Video di IPD Kuantan

Suara Anak Muda 1Malaysia dan Suara Anak Muda 1Malaysia (Pahang) membuat laporan polis berhubung kenyataan pengguna Facebook yg bernama Melissa Gooi dan beberapa individu yg menghina dan mempermainkan Yang DiPertuan Agung.

Laporan Polis diketuai oleh Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Muhammad Faiz Hashim. Turut sama membuat laporan polis Suara Anak Muda 1Malaysia (Pahang) yg diwakili Saudara Abdul Aziz.

Laporan polis ini dibuat bagi mendesak pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan yg sewajarnya bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang lagi di masa hadapan.
Tuanku adalah payung rakyat dan lambang perpaduan rakyat yg perlu kita Pertahanan sepertimana yg termaktub Dalam perlembagaan. Kalau tak menghormati Agung dan Raja2, tidak mahu mengiktiraf kewujudan Agung dan Raja-raja, maka eloklah dilucutkan taraf warganera Malaysia dan pergi lah duduk di negara-negara yg tiada Raja yg mereka suka.

Kami NGO yg mewakili suara anak Muda akan terus mempertahankan institusi diraja walau apa jua rintangannya.

*Suara orang muda ni patut diberi laluan,yang veteran-veteran tu tolong support dari belakang jadi penasihat dah la.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UPM ungguli Anugerah Sukan MASUM 2012

Muhyiddin Yassin (tujuh dari kiri) bersama para penerima anugerah MASUM 2012 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam, malam tadi. Turut kelihatan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (enam dari kiri).

SHAH ALAM - Universiti Putra Malaysia (UPM) mengungguli Majlis Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2012 selepas dua penuntutnya membolot anugerah Olahragawan dan Olahragawati di sini, semalam.

Atlet tenpin boling, Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malik dinobatkan sebagai Olahragawan manakala anugerah Olahragawati disandang atlet terjun, Cheong Jun Hong.

UPM juga menggondol anugerah Bintang Harapan (Wanita) menerusi Noor Izzati Jasni yang merupakan atlet sukan menembak selain menerima anugerah Jurulatih Terbaik menerusi Siti Aishah Sudin dalam sukan memanah.

Bagi anugerah Bintang Harapan (Lelaki) pula dimenangi atlet sukan hoki, Shazrul Imran Nazli daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penyampaian anugerah itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dalam Majlis Anugerah Sukan MASUM 2012 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM di sini.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Ab. Rahim Md. Noor dipilih sebagai Tokoh Sukan MASUM.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130602/su_03/UPM-ungguli-Anugerah-Sukan-MASUM-2012#ixzz2V2qL1yLN
© Utusan Melayu (M) Bhd