#HariMalaysia #chinpengMAMPOS - Kenyataan Media Lokman Noor Adam

Kenyataan Media              
Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil Gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu. Alhamdulillah, pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen.

Namun, apa yg menarik perhatian saya hari ini ialah berita  kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.

Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang.

Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.

Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban di tangan komunis demi menjaga keamanan negara.

Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini saya lihat sebagai satu bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.

Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Semoga Bajet 2014 Lebih Mesra Kebajikan Rakyat - @MuhamadFaizHash

Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada oktober ini diharapkan dapat memberi kesan kepada kebajikan serta sosial ekonomi rakyat khususnya golongan muda bumiputera.

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia saudara Muhammad Faiz Bin Hashim dalam kenyataan media beliau menyebut perkara ini perlu dilakukan kerajaan memandangkan tahap ekonomi terutama di bandar-bandar amat sulit kepada golongan muda yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan.

Golongan muda tidak menolak pembangunan serta kemodenan yang kerajaan usahakan. Tetapi pembangunan yang dilakukan perlu sama naik dengan taraf ekonomi rakyat. Kerana pembangunan yang dilaksanakan lebih memihak kepada sesuatu bangsa sahaja.

Berikut adalah kenyataan media saudara Muhammad Faiz Bin Hashim:

Pembentangan Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan bulan depan diharapkan agar lebih kepada bajet yang lebih mesra kepada Kebajikan. Ini memandangkan tahap kehidupan ekonomi rakyat terutama dibandar-bandar utama terutama survival golongan anak-anak muda yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan keluarga amat sulit ketika ini. Cabaran dan kos saraan hidup yang tinggi amat memerlukan sentuhan daripada pihak kerajaan menjiwai, mendengar rintihan hati dan merasai sendiri denyut nadi mereka ini. Rakyat dan golongan anak muda tidak menolak pembangunan dan kemodenan serta kepesatan kecanggihan yang ada. Tapi, apalah erti sebuah pembangunan sekiranya tahap sosial ekonomi rakyat berada di bawah. Adalah lebih baik sekiranya pembangunan yg ada di negara kita pada hari ini Seiring dengan tahap sosial ekonomi rakyat. Cukup dah dengan pembangunan yang ada di negara kita pada hari ini sehingga berada di tahap antarabangsa seperti Menara Berkembar Petronas dan sebagainya. Cuma Bajet 2014 pada kali ini, bajet untuk pembangunan biarlah dikurangkan dan bajet untuk Kebajikan rakyat sepatutnya dilebihkan. Selama ini, projek pembangunan lebih menguntungkan siapa? Bangsa apa yg lebih mendapat manfaat? Golongan mana? Tepuk dada tanya hati. Semoga Bajet 2014 pada kali ini adalah bajet yang mesra Kebajikan Rakyat, Mesra survival anak muda dan mesra golongan bawahan dan pertengahan sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini masih relevan untuk dikekalkan pada penggal mendatang.

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga Minyak : Golongan Pertengahan Perlu Diberi Perhatian

Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel yang diumumkan Perdana Menteri Isnin lalu masih hangat diperkatakan oleh rakyat. Pelbagai pendapat telah dilontarkan di laman media sosial mahupun di tempat umum.

Bagi saudara Muhammad Faiz Bin Hashim golongan yang berpendapatan pertengahan perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam isu ini.

Berikut adalah kenyataan oleh Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia itu:

Muhammad Faiz Bin Hashim
Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia

Golongan berpendapatan pertengahan yang merupakan pembayar cukai pendapatan paling ramai dan juga boleh dianggap sebagai golongan penentu kemenangan sesebuah parti yang akan menguasai kerajaan.
Justeru itu, tindakan  kerajaan mengemukakan langkah alternatif dalam pembentangan Bajet 2014 bagi mengurangkan kos hidup yang ditanggung oleh golongan pertengahan yang berpendapatan RM2500 hingga RM5000 sebulan adalah amat bertepatan.

Sebahagian daripada golongan ini adalah merupakan anak muda yang berumur 40 tahun ke bawah. Kebanyakan intelektual dan golongan professional juga tergolong dalam golongan ini.

Golongan ini juga adalah merupakan golongan yang kurang mendapat sentuhan secara langsung daripada kerajaan berbanding golongan atasan dan golongan bawahan.

Justeru itu tidak pelik sekiranya golongan dari golongan ini lah yang rata-rata menyokong pembangkang kerana mereka merasakan seolah olah nasib mereka terabai dan rintihan hati mereka tidak didengari.
Secara mata kasar seolah-olah macam banyak pendapatan RM5000, tapi bila ditolak dengan kos Sara hidup yang semakin tinggi, membuat simpanan pun mereka tak mampu. Sentiasa terikat membayar hutang pinjaman sehingga habis hayat.

Sebab itulah golongan ini cepat tersentuh dan tersinggung apabila berlaku kenaikkan harga minyak, kenaikkan harga barangan, tambahan pula jika musim perayaan dan pembukaan baru persekolahan, sudah tentu golongan seperti ini akan berasa semakin tertekan.

Tindakan kerajaan mengemukakan langkah alternatif dalam pembentangan Bajet 2014 bagi mengurangkan kos hidup yang ditanggung oleh golongan pertengahan amatlah bertepatan dan disokong sepenuhnya dan yakin jika terlaksana dengan jayanya dengan mendapat sentuhan secara langsung daripada kerajaan, golongan pertengahan ini akan bangkit dan kembali yakin dengan kepimpinan dan pentadbiran oleh Kerajaan Sedia ada. Hati yang merajuk jika dipujuk akan kembali bertaut sepenuh hati.

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










Untuk Meremajakan UMNO Khairy Umum 4 Calon MT Dari Pemuda

Siapa agaknya akan menjadi pilihan ahli UMNO.Di  kalangan pimpian pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada empat orang yang akan turun padang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

Nama mereka diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Rabu.

Beliau menjelaskan empat mereka ditampilkan ( jika dipilih) untuk meremajakan UMNO.

Khairy juga memberitahu empat calon akan berentap untuk jawatan Naib Ketua Pemuda yang akan dikosongkan oleh Razali yang cukup usia.

Mereka ialah Jamawi Jaafar, Lokman Nor Adam, Irwan Zulkifli serta  Khairul Azwan Harun.

Katanya semua mereka adalah rakannya dan boleh berkerjasama dengan mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga Minyak - Kenyataan Media @LokmanAdam #Lokman4NKP

Harga petrol di Malaysia dalam masa 23 tahun - sejak 1990)
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak 46sen.

Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak 1.38sen dan turun sebnyk 90sen.

Zaman era pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak 25sen.
Rakyat perlu sedar bahawa harga ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia.

Zaman 90an, harga minyak dunia hanya USD 15-25 satu tong, itu sebab Anwar mendabik dada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan harga minyak hanya RM1.10 seliter. Tapi zaman Pak Lah, harga minyak dunia naik hingga USD 143 satu tong. Harga minyak hari ini sekitar USD110 satu tong.

Anwar boleh janjikan bulan dan bintang pada rakyat, cuma mari kita guna akal kita...bolehkah Anwar turunkan harga minyak 50sen (Kos RM10.5b) dan dlm masa yg sama nak naikkan royalti minyak Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dari 5% kepada 20%. Bagaimana mungkin Anwar boleh tunaikan janji tambahkan subsidi minyak 50 sen jika dlm masa yg sama dia buat janji bg royalti minyak 20% yg pasti menggurangkan pendapatan negara.

Sebelum buat janji baru, tunaikanlah dulu 85% janji lama yg dia buat tahun 2008 di Selangor.

Apapun alasan diiberikan untuk menghalalkan kenaikan harga RON 95 dan Diesel kali ini, saya tetap kecewa dengan kerana buat pertama kalinya, kita telah secara jelas melanggar perjanjian bahawa usaha akan dilakukan untuk menggurangkan beban rakyat.

Saya sedar memang sukar untuk mengambil keputusan berat ini, namun saya masih mengharap YAB Perdana Menteri dapat mencari solusi bagi mengembalikan subsidi untuk Ron95 setidak-tidaknya kepada golongan yang berpendapatan RM5,000 kebawah. Samada memberikan vaucher subsidi petrol tambahan atau pemberian fleet card untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau.

Samada memberikan vaucher subsidi petrol tambahan atau pemberian fleet card untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau.

RM 0.20 mungkin kecil bagi sesetengah golongan, namun ianya cukup membebankan golongan pertengahan dan bawahan. Jika pengurangan RM 0.20 membolehkan kerajaan jimat RM1.1B untuk baki tahun ini dan RM3.3B setahun mulai tahun depan, saya yakin kos untuk mengurangkan keperitan golongan ini tidak sampai RM1.5B, memandangkan kenderaan yang digunakan oleh golongan ini biasanya 2000cc kebawah dan menikmati nilai subsidi yang rendah berbanding kereta mewah.

Adalah sangat tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal dikala GLC melaporkan untung berbilion ringgit, kerajaan tidak berupaya mencari RM1.5B dari sumber lain.
Lakukanlah apa sahaja yang dapat kita lakukan asalkan golongan berpendapatan serderhana dan rendah ini dapat kita ringankan beban mereka.

Lokman Noor Bin Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








@Armand_PJU Mohon @NajibRazak Dengar Rintihan Rakyat

PM dlm PC petang tadi telah mengumumkan kenaikkan harga 20 sen bagi petrol RON95 dan diesel berkuatkuasa jam 12.01 3 September 2013.

Berikutan pengumuman itu Saudara Armand Azha memohon agar YAB PM mempertimbangkan perkara tersebut kerana ianya akan membebankan rakyat.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Warkah Buat YAB Ds Najib Tun Razak.

Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia ,

Kehadapan YAB Ds Najib Yang Dihormati, Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah Mohon Agar Keputusan Kerajaan Menaikan Harga RON95 Dan Diesel Di Tarik Balik Demi Kepentingan Rakyat Sederhana Kebawah..

Dengar Lah Rintihan Dan Nadi Rakyat Ini. Saya Tahu Walaupun Bantahan Saya Terhadap Kenaikan Harga RON95 Dan Diesel Ini Akan Buat Saya Hilang Sokongan Bagi Kempen Exco Pemuda UMNO Malaysia Saya Tapi Bagi Saya Ini Penting Kerana Ianya Demi Rakyat Dibawah. MOHON TARIK BALIK KEPUTUSAN INI.

Sekian Terima Kasih

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Calon Exco Pemuda UMNO Msia
Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.