Walimatulurus Din Hafeez & Diana



Saya dengan rendah diri ingin menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan saya yang akan berlangsung pada 14 Disember 2013 (belah perempuan) di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor & 21 Disember 2013 di Dewan Maksak, Kuantan, Pahang. Semoga kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi majlis tersebut. Terima kasih...

14 Disember 2013




21 Disember 2013







Rahsia Masjid Nabi Yang Dirahsiakan

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan
Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan – dalam petak merah
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi
ASAL_ABCTulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai
Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku

Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi
sumber: islamiclandmarks.com, silverheritage.blogspot.com

#HariMalaysia #chinpengMAMPOS - Kenyataan Media Lokman Noor Adam

Kenyataan Media              
Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil Gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu. Alhamdulillah, pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen.

Namun, apa yg menarik perhatian saya hari ini ialah berita  kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.

Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang.

Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.

Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban di tangan komunis demi menjaga keamanan negara.

Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini saya lihat sebagai satu bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.

Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Semoga Bajet 2014 Lebih Mesra Kebajikan Rakyat - @MuhamadFaizHash

Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada oktober ini diharapkan dapat memberi kesan kepada kebajikan serta sosial ekonomi rakyat khususnya golongan muda bumiputera.

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia saudara Muhammad Faiz Bin Hashim dalam kenyataan media beliau menyebut perkara ini perlu dilakukan kerajaan memandangkan tahap ekonomi terutama di bandar-bandar amat sulit kepada golongan muda yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan.

Golongan muda tidak menolak pembangunan serta kemodenan yang kerajaan usahakan. Tetapi pembangunan yang dilakukan perlu sama naik dengan taraf ekonomi rakyat. Kerana pembangunan yang dilaksanakan lebih memihak kepada sesuatu bangsa sahaja.

Berikut adalah kenyataan media saudara Muhammad Faiz Bin Hashim:

Pembentangan Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan bulan depan diharapkan agar lebih kepada bajet yang lebih mesra kepada Kebajikan. Ini memandangkan tahap kehidupan ekonomi rakyat terutama dibandar-bandar utama terutama survival golongan anak-anak muda yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan keluarga amat sulit ketika ini. Cabaran dan kos saraan hidup yang tinggi amat memerlukan sentuhan daripada pihak kerajaan menjiwai, mendengar rintihan hati dan merasai sendiri denyut nadi mereka ini. Rakyat dan golongan anak muda tidak menolak pembangunan dan kemodenan serta kepesatan kecanggihan yang ada. Tapi, apalah erti sebuah pembangunan sekiranya tahap sosial ekonomi rakyat berada di bawah. Adalah lebih baik sekiranya pembangunan yg ada di negara kita pada hari ini Seiring dengan tahap sosial ekonomi rakyat. Cukup dah dengan pembangunan yang ada di negara kita pada hari ini sehingga berada di tahap antarabangsa seperti Menara Berkembar Petronas dan sebagainya. Cuma Bajet 2014 pada kali ini, bajet untuk pembangunan biarlah dikurangkan dan bajet untuk Kebajikan rakyat sepatutnya dilebihkan. Selama ini, projek pembangunan lebih menguntungkan siapa? Bangsa apa yg lebih mendapat manfaat? Golongan mana? Tepuk dada tanya hati. Semoga Bajet 2014 pada kali ini adalah bajet yang mesra Kebajikan Rakyat, Mesra survival anak muda dan mesra golongan bawahan dan pertengahan sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini masih relevan untuk dikekalkan pada penggal mendatang.

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga Minyak : Golongan Pertengahan Perlu Diberi Perhatian

Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel yang diumumkan Perdana Menteri Isnin lalu masih hangat diperkatakan oleh rakyat. Pelbagai pendapat telah dilontarkan di laman media sosial mahupun di tempat umum.

Bagi saudara Muhammad Faiz Bin Hashim golongan yang berpendapatan pertengahan perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam isu ini.

Berikut adalah kenyataan oleh Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia itu:

Muhammad Faiz Bin Hashim
Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia

Golongan berpendapatan pertengahan yang merupakan pembayar cukai pendapatan paling ramai dan juga boleh dianggap sebagai golongan penentu kemenangan sesebuah parti yang akan menguasai kerajaan.
Justeru itu, tindakan  kerajaan mengemukakan langkah alternatif dalam pembentangan Bajet 2014 bagi mengurangkan kos hidup yang ditanggung oleh golongan pertengahan yang berpendapatan RM2500 hingga RM5000 sebulan adalah amat bertepatan.

Sebahagian daripada golongan ini adalah merupakan anak muda yang berumur 40 tahun ke bawah. Kebanyakan intelektual dan golongan professional juga tergolong dalam golongan ini.

Golongan ini juga adalah merupakan golongan yang kurang mendapat sentuhan secara langsung daripada kerajaan berbanding golongan atasan dan golongan bawahan.

Justeru itu tidak pelik sekiranya golongan dari golongan ini lah yang rata-rata menyokong pembangkang kerana mereka merasakan seolah olah nasib mereka terabai dan rintihan hati mereka tidak didengari.
Secara mata kasar seolah-olah macam banyak pendapatan RM5000, tapi bila ditolak dengan kos Sara hidup yang semakin tinggi, membuat simpanan pun mereka tak mampu. Sentiasa terikat membayar hutang pinjaman sehingga habis hayat.

Sebab itulah golongan ini cepat tersentuh dan tersinggung apabila berlaku kenaikkan harga minyak, kenaikkan harga barangan, tambahan pula jika musim perayaan dan pembukaan baru persekolahan, sudah tentu golongan seperti ini akan berasa semakin tertekan.

Tindakan kerajaan mengemukakan langkah alternatif dalam pembentangan Bajet 2014 bagi mengurangkan kos hidup yang ditanggung oleh golongan pertengahan amatlah bertepatan dan disokong sepenuhnya dan yakin jika terlaksana dengan jayanya dengan mendapat sentuhan secara langsung daripada kerajaan, golongan pertengahan ini akan bangkit dan kembali yakin dengan kepimpinan dan pentadbiran oleh Kerajaan Sedia ada. Hati yang merajuk jika dipujuk akan kembali bertaut sepenuh hati.

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










Untuk Meremajakan UMNO Khairy Umum 4 Calon MT Dari Pemuda

Siapa agaknya akan menjadi pilihan ahli UMNO.Di  kalangan pimpian pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada empat orang yang akan turun padang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

Nama mereka diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Rabu.

Beliau menjelaskan empat mereka ditampilkan ( jika dipilih) untuk meremajakan UMNO.

Khairy juga memberitahu empat calon akan berentap untuk jawatan Naib Ketua Pemuda yang akan dikosongkan oleh Razali yang cukup usia.

Mereka ialah Jamawi Jaafar, Lokman Nor Adam, Irwan Zulkifli serta  Khairul Azwan Harun.

Katanya semua mereka adalah rakannya dan boleh berkerjasama dengan mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga Minyak - Kenyataan Media @LokmanAdam #Lokman4NKP

Harga petrol di Malaysia dalam masa 23 tahun - sejak 1990)
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak 46sen.

Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak 1.38sen dan turun sebnyk 90sen.

Zaman era pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak 25sen.
Rakyat perlu sedar bahawa harga ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia.

Zaman 90an, harga minyak dunia hanya USD 15-25 satu tong, itu sebab Anwar mendabik dada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan harga minyak hanya RM1.10 seliter. Tapi zaman Pak Lah, harga minyak dunia naik hingga USD 143 satu tong. Harga minyak hari ini sekitar USD110 satu tong.

Anwar boleh janjikan bulan dan bintang pada rakyat, cuma mari kita guna akal kita...bolehkah Anwar turunkan harga minyak 50sen (Kos RM10.5b) dan dlm masa yg sama nak naikkan royalti minyak Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dari 5% kepada 20%. Bagaimana mungkin Anwar boleh tunaikan janji tambahkan subsidi minyak 50 sen jika dlm masa yg sama dia buat janji bg royalti minyak 20% yg pasti menggurangkan pendapatan negara.

Sebelum buat janji baru, tunaikanlah dulu 85% janji lama yg dia buat tahun 2008 di Selangor.

Apapun alasan diiberikan untuk menghalalkan kenaikan harga RON 95 dan Diesel kali ini, saya tetap kecewa dengan kerana buat pertama kalinya, kita telah secara jelas melanggar perjanjian bahawa usaha akan dilakukan untuk menggurangkan beban rakyat.

Saya sedar memang sukar untuk mengambil keputusan berat ini, namun saya masih mengharap YAB Perdana Menteri dapat mencari solusi bagi mengembalikan subsidi untuk Ron95 setidak-tidaknya kepada golongan yang berpendapatan RM5,000 kebawah. Samada memberikan vaucher subsidi petrol tambahan atau pemberian fleet card untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau.

Samada memberikan vaucher subsidi petrol tambahan atau pemberian fleet card untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau.

RM 0.20 mungkin kecil bagi sesetengah golongan, namun ianya cukup membebankan golongan pertengahan dan bawahan. Jika pengurangan RM 0.20 membolehkan kerajaan jimat RM1.1B untuk baki tahun ini dan RM3.3B setahun mulai tahun depan, saya yakin kos untuk mengurangkan keperitan golongan ini tidak sampai RM1.5B, memandangkan kenderaan yang digunakan oleh golongan ini biasanya 2000cc kebawah dan menikmati nilai subsidi yang rendah berbanding kereta mewah.

Adalah sangat tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal dikala GLC melaporkan untung berbilion ringgit, kerajaan tidak berupaya mencari RM1.5B dari sumber lain.
Lakukanlah apa sahaja yang dapat kita lakukan asalkan golongan berpendapatan serderhana dan rendah ini dapat kita ringankan beban mereka.

Lokman Noor Bin Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








@Armand_PJU Mohon @NajibRazak Dengar Rintihan Rakyat

PM dlm PC petang tadi telah mengumumkan kenaikkan harga 20 sen bagi petrol RON95 dan diesel berkuatkuasa jam 12.01 3 September 2013.

Berikutan pengumuman itu Saudara Armand Azha memohon agar YAB PM mempertimbangkan perkara tersebut kerana ianya akan membebankan rakyat.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Warkah Buat YAB Ds Najib Tun Razak.

Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia ,

Kehadapan YAB Ds Najib Yang Dihormati, Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah Mohon Agar Keputusan Kerajaan Menaikan Harga RON95 Dan Diesel Di Tarik Balik Demi Kepentingan Rakyat Sederhana Kebawah..

Dengar Lah Rintihan Dan Nadi Rakyat Ini. Saya Tahu Walaupun Bantahan Saya Terhadap Kenaikan Harga RON95 Dan Diesel Ini Akan Buat Saya Hilang Sokongan Bagi Kempen Exco Pemuda UMNO Malaysia Saya Tapi Bagi Saya Ini Penting Kerana Ianya Demi Rakyat Dibawah. MOHON TARIK BALIK KEPUTUSAN INI.

Sekian Terima Kasih

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Calon Exco Pemuda UMNO Msia
Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saya Tidak Pernah Bakar Atau Pijak Bendera UMNO. @LokmanAdam


KUALA LUMPUR: Bersumpah tidak pernah memijak bendera UMNO semasa menjadi pembangkang dan menganggap isu itu sengaja dibangkitkan setiap kali dia bertanding.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam (gambar) berkata, isu itu timbul buat pertama kali pada tahun 2009 ketika menawarkan diri bertanding exco dan kali ini semasa dia mahu bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO.

 “Saya dah buat sumpah tidak pernah pijak, bakar bendera UMNO seperti yang dituduh. Isu ini keluar setiap kali saya nak bertanding. Persoalannya, perwakilan UMNO bukannya berfikiran sempit, mereka sudah terima saya pada 2009 lagi (Exco Pergerakan Pemuda UMNO) ,” ujarnya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

 Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas itu juga mengulas dakwaan di dunia siber yang mempertikaikan kesetiaannya di dalam UMNO kerana sebelum itu dia dikatakan memijak, membakar bendera Malaysia dan bendera UMNO semasa di dalam pembangkang.

Menurut Lokman, pengalamannya kira-kira enam tahun di dalam Parti Keadilan Rakyat akan digunakan sebagai senjata kepada UMNO untuk berdepan dengan pembangkang. “Jadi saya tahu yang baik dan buruk. Semasa di dalam pembangkang saya tahu gerak kerja, strategi mereka dan memudahkan saya membuat serangan balas,” katanya.

 Satu lagi, faktor Lokman menawarkan diri bertanding memandangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim tidak lagi mempertahankan jawatan nombor dua itu kerana faktor umur selain mahu menggalas tugas ketuanya, Khairy Jamaluddin.

 “KJ dulu lantang berhadapan dan berdebat dengan kerajaan dan sekarang beliau sudah jadi menteri. Bukan lagi standard dia nak buat macam itu. Jadi saya akan galas tanggungjawab berkenaan,” ujarnya yang mengaku sudah berdebat dengan ramai pemimpin pembangkang sepanjang 11 tahun bersama UMNO.

 Selain Lokman, antara yang mengesahkan bertanding ialah Ketua Pemuda Perak, Khairul Azwan, Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Lenggong, Mohd Iruan Zulkefli.

Sumber - Malaysia Gazette

@MuhamadFaizHash Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia 2013



MUHAMMAD FAIZ BIN HASHIM ADALAH MERUPAKAN PEMIMPIN YANG DATANG DARIPADA BAWAH YANG DATANG DARIPADA KELUARGA YANG SEDERHANA. BERGIAT AKTIF DALAM KEPIMPINAN SEJAK DIBANGKU SEKOLAH LAGI APABILA MENGGALAS TANGUNGJAWAB DAN AMANAH SEBAGAI KETUA PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU MUHAMMAD.

MENJADI PENGERUSI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH, PENGERUSI RUMAH SUKAN, PENGERUSI PERSATUAN BAHASA MELAYU DAN BEBERAPA PERSATUAN LAIN DI PERINGKAT SEKOLAH.

BERGIAT AKTIF DIDALAM SUKAN DAN PERNAH MEWAKILI NEGERI PAHANG DI PERINGKAT MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) DALAM ACARA MEMANAH DAN PERINGKAT MSSD BAGI ACARA HOKI SELAIN PERNAH MENJADI PEMBACA IKRAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN.

PENGLIBATAN AKTIF DI SEKOLAH INI DITERUSKAN PULA DI PERINGKAT UNIVERSITI APABILA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DI DALAM SPM APABILA BERJAYA MENDAPAT GRED 1 AGGREGATE 15 DAN PERNAH MENGGALAS AMANAH SELAKU YANG DIPERTUA KOLEJ KEDIAMAN IBNU KHALDUN YANG MENJAGA KEBAJIKAN MAHASISWA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) LENDU, MELAKA.

PENGLIBATAN AKTIF INI TIDAK BERAKHIR BEGITU SAHAJA MALAH TELAH MENJADI SEBATI DALAM PERJUANGAN BELIAU DALAM MENABUR BAKTI KEPADA MASYARAKAT SEHINGGALAH MENJADI SETIAUSAHA PEMUDA UMNO CAWANGAN LEMBAH SEKILAU

DISINILAH SEGALA KARIER POLITIKNYA BERMULA HINGGA KE HARI INI…..


E-MAIL :              
faizppuim@gmail.com

FACEBOOK :        
TWITTER :         
@MuhamadFaizHash

BLOG :
http://muhammadfaizhashim.blogspot.com


BB PIN :
2ADA26FB

UMUR : 
               
32 TAHUN
LAHIR :                
6 JANUARI 1981
WARGANEGARA :  
Malaysia
STATUS :              
Berkahwin




Politik


 

Jawatan


·         Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota

·         Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota

·         Ketua Pemuda UMNO Cawangan Lembah Sekilau

·         Pengerusi Gempur Parlimen Indera Mahkota

·         Timbalan Pengerusi Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Pahang

·         Unit Media Baru Pahang




Penglibatan dan pencapaian

·         Penceramah Politik di Bilik Gerakan BN Sungai Talam

·         Penceramah Politik di Bilik Gerakan BN Beserah Utara Baru

·         Penceramah Politik di Bilik Gerakan BN Indera Mahkota 3

·         Penceramah Politik di Bilik Gerakan BN Cherating Bukit Palas

·         Menyelaras Gempur di keseluruhan Parlimen Indera Mahkota

·         Menyelaras dan memberi ceramah serta penerangan mengenai Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di Seluruh Negeri Pahang

·         Memberi Penerangan kepada Pengarah JPJ Pahang dan Pusat Latihan Institut Memandu Seluruh Pahang berhubung Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

·         Naib Johan Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri Peringkat Zon Pantai Timur

·         Finalis Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri Peringkat Akhir

·         Pengendali Blog Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota
·         Pembahas Usul UMNO Bahagian 2012

·         Pembahas Usul Pemuda UMNO Bahagian 2011

·         Pembahas Usul Pemuda UMNO Bahagian 2010

·         Panel Temuramah oleh PahangkuTV

·         Mengetuai Daftar Pemilih Pengundi Baru di sekitar Kawasan Perindustrian dan Kilang-kilang di Gebeng.

·         Menaja dan Memberi sumbangan roti kepada mangsa-mangsa banjir di Cherating, Sungai Ular dan Beserah.

·         Pengacara dalam Temubual Khas Bersama CEO Perbadanan AiR Pahang (PAIP), Dato’ Zahari Mat Isa dalam menjawab tuduhan fitnah pembangkang berkenaan isu air di Pahang

·         Mengetuai Demonstrasi Berdepan dengan Pendemo Anti Lynas di Pelabuhan Kuantan yang menyekat kemasukan bahan mentah milik LYNAS

·         Mengetuai Demonstrasi Berdepan dengan Pendemo Anti Lynas di Mahkamah Tinggi Kuantan

·         Mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dalam membuat Laporan Polis terhadap Ustaz Wan Ji yang menghina Sultan.

·         Mengetuai Gempur semasa Penamaan Calon di Parlimen Indera Mahkota Pilihanraya Umum ke 13

·         Penganjur Pertandingan Badminton Tertutup PEMUDA UMNO Lembah Sekilau.

·         Mengetuai Sidang Media Isu Penghinaan Ustaz Wan Ji terhadap Sultan.



Badan Bukan Kerajaan (NGO)





Ketua Penerangan Pribumi Perkasa Negeri Pahang (Perkasa Pahang)

·         Membahas Usul mewakili Negeri Pahang di Persidangan Agung Perkasa Malaysia

·         Pembentang Kertas Kerja Dasar Pendidikan Bumiputera di Peringkat Perkasa Malaysia.

·         Pembahas Usul Perkasa Pahang di Persidangan Agung Perkasa Pahang kali ke-2

·         Pembahas Usul di Mesyuarat Tahunan Perkasa Pahang di Mesyuarat Tahunan Perkasa Pahang Kali ke-3

·         Mengetuai Sidang Media membidas tawaran mega pembangkang pada  Pilihanraya Umum ke-13

·          Mengedar Risalah mengenai bahayanya Amanat Haji Hadi Awang yang memecahbelahkan ummah.

·         Membuat Desakan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi agar menarik balik Amanat yang telah dibuat beliau.

·         Mengetuai Pelancaran Tabung GAZA Palestine

·         Mengetuai Demonstrasi Membakar Bendera Israel.

·         Melancar Tabung Guaman Membantu Kes Saman Utusan Malaysia.



·         Mengetuai Demonstrasi NGO-NGO PAHANG memprotes insiden memijak gambar Perdana Menteri.

·         Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat demonstrasi membantah penggunaan Kalimah Allah di Masjid Negeri.

·         Mengetuai NGO-NGO Pahang mempertahankan Ketuanan Melayu.

·         Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat Demonstrasi membantah Kenyataan Mat Sabu yang mengangkat Komunis sebagai pejuang.

·         Membuat laporan polis dan Sidang Media berhubung beberapa pemimpin pembangkang yang biadap semasa pertabalan Yang DiPertuan Agong.

·         Mengetuai demonstrasi NGO-NGO Pahang membantah Kenyataan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan keselamatan Negara Israel

·         Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat Laporan Polis berhubung Perhimpunan Haram yang akan dilakukan oleh Pihak Anti LYNAS




·         Membuat kenyataan media membantah perancangan debat antara Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob yang ternyata bukan pakar dan bukan bidangnya.

·         Mengetuai Laporan Polis dan Sidang Media Berhubung Tuduhan P.Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Dato Seri Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

·         Mengetuai Demonstrsi dan Himpunan Aman NGO-NGO Pahang berhubung maklumat pendedahan perisikan Filipina yang mendakwa penglibatan pembangkang yang menjadi dalang dalam insiden pencerobohan dan tragedi di Tanduo, Lahad Datu, Sabah,

·         Mengetuai Demonstrasi dan membuat laporan polis berhubung Kenyataan Biadap Tian Chua yang mengeluar Kenyataan Tragedi di Lahad Datu adalah Sandiwara UMNO.

·         Mengarang dan mendeklamasikan sajak ‘Pejuangku’ di Majlis Ramah Mesra Vateran Polis bersama YAB Menteri Besar Pahang sempena menyambut Hari Polis ke- 206 dalam memperingati pejuang-pejuang di Lahad Datu dan Bukit Kepong yang telah gugur.

·         Penceramah Politik di Felda Lepar Utara.

·         Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat laporan polis terhadap Alvin dan Vivian.

·         Membuat kenyataan media membantah Penayangan Filem ‘The New Village’





Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)




  • Panel Temuramah Bual Bicara dalam Rancangan Let’s Talk di MobTV mengupas Isu Blackout505

  • Membuat Sidang Media berhubung Tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan pembangkang yang boleh dipersoalkan.

  • Membuat Sidang Media Melupus Bayaran Muka Membeli Rumah

  • Mengeluarkan Artikel dan nukilan Renungan Buat Sahabat Berbangsa Cina di dalam blog-blog

  • Membuat Sidang Media Berhubung Manifesto BN sebuah Akujanji, Manifesto Pembangkang Bukan Janji.

  • Membuat Sidang Media Mencabar Pembangkang Dedah Sumber Dana Himpunan Kebangkitan Rakyat.

  • Mengetuai NG0-NGO Pahang dalam membuat Laporan Polis terhadap Melissa Gooi yang menghina Yang DiPertuan Agong

  • Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat Sidang Media berhubung Isu Wanita yang bernama Melissa Gooi yang menghina Yang DiPertuan Agong.

  • Membuat Sidang Media membantah penggunaan sistem rujukan maklumat kredit berpusat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman mereka.