Saya Tidak Pernah Bakar Atau Pijak Bendera UMNO. @LokmanAdam
KUALA LUMPUR: Bersumpah tidak pernah memijak bendera UMNO semasa menjadi pembangkang dan menganggap isu itu sengaja dibangkitkan setiap kali dia bertanding.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam (gambar) berkata, isu itu timbul buat pertama kali pada tahun 2009 ketika menawarkan diri bertanding exco dan kali ini semasa dia mahu bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO.
“Saya dah buat sumpah tidak pernah pijak, bakar bendera UMNO seperti yang dituduh. Isu ini keluar setiap kali saya nak bertanding. Persoalannya, perwakilan UMNO bukannya berfikiran sempit, mereka sudah terima saya pada 2009 lagi (Exco Pergerakan Pemuda UMNO) ,” ujarnya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas itu juga mengulas dakwaan di dunia siber yang mempertikaikan kesetiaannya di dalam UMNO kerana sebelum itu dia dikatakan memijak, membakar bendera Malaysia dan bendera UMNO semasa di dalam pembangkang.
Menurut Lokman, pengalamannya kira-kira enam tahun di dalam Parti Keadilan Rakyat akan digunakan sebagai senjata kepada UMNO untuk berdepan dengan pembangkang. “Jadi saya tahu yang baik dan buruk. Semasa di dalam pembangkang saya tahu gerak kerja, strategi mereka dan memudahkan saya membuat serangan balas,” katanya.
Satu lagi, faktor Lokman menawarkan diri bertanding memandangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim tidak lagi mempertahankan jawatan nombor dua itu kerana faktor umur selain mahu menggalas tugas ketuanya, Khairy Jamaluddin.
“KJ dulu lantang berhadapan dan berdebat dengan kerajaan dan sekarang beliau sudah jadi menteri. Bukan lagi standard dia nak buat macam itu. Jadi saya akan galas tanggungjawab berkenaan,” ujarnya yang mengaku sudah berdebat dengan ramai pemimpin pembangkang sepanjang 11 tahun bersama UMNO.
Selain Lokman, antara yang mengesahkan bertanding ialah Ketua Pemuda Perak, Khairul Azwan, Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Lenggong, Mohd Iruan Zulkefli.
Sumber - Malaysia Gazette
@MuhamadFaizHash Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia 2013
MENJADI PENGERUSI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH, PENGERUSI RUMAH
SUKAN, PENGERUSI PERSATUAN BAHASA MELAYU DAN BEBERAPA PERSATUAN LAIN DI
PERINGKAT SEKOLAH.
BERGIAT AKTIF DIDALAM SUKAN DAN PERNAH MEWAKILI NEGERI PAHANG DI
PERINGKAT MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) DALAM ACARA MEMANAH DAN
PERINGKAT MSSD BAGI ACARA HOKI SELAIN PERNAH MENJADI PEMBACA IKRAR KEJOHANAN
SUKAN TAHUNAN.
PENGLIBATAN AKTIF DI SEKOLAH INI DITERUSKAN PULA DI PERINGKAT
UNIVERSITI APABILA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DI DALAM SPM APABILA
BERJAYA MENDAPAT GRED 1 AGGREGATE 15 DAN PERNAH MENGGALAS AMANAH SELAKU YANG
DIPERTUA KOLEJ KEDIAMAN IBNU KHALDUN YANG MENJAGA KEBAJIKAN MAHASISWA DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) LENDU, MELAKA.
PENGLIBATAN AKTIF INI TIDAK BERAKHIR BEGITU SAHAJA MALAH TELAH
MENJADI SEBATI DALAM PERJUANGAN BELIAU DALAM MENABUR BAKTI KEPADA MASYARAKAT
SEHINGGALAH MENJADI SETIAUSAHA PEMUDA UMNO CAWANGAN LEMBAH SEKILAU
DISINILAH SEGALA KARIER POLITIKNYA BERMULA HINGGA KE HARI INI…..
E-MAIL :
faizppuim@gmail.com
FACEBOOK :
TWITTER :
@MuhamadFaizHash
BLOG :
http://muhammadfaizhashim.blogspot.com
BB PIN :
2ADA26FB
UMUR :
32 TAHUN
LAHIR :
6 JANUARI 1981
WARGANEGARA :
Malaysia
STATUS :
Berkahwin
Politik
Jawatan
·
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Indera
Mahkota
·
Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota
·
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Lembah Sekilau
·
Pengerusi Gempur Parlimen Indera Mahkota
·
Timbalan Pengerusi Bantuan Lesen 1Malaysia
(BL1M) Pahang
·
Unit Media Baru Pahang
Penglibatan dan pencapaian
·
Penceramah Politik di
Bilik Gerakan BN Sungai Talam
·
Penceramah Politik di
Bilik Gerakan BN Beserah Utara Baru
·
Penceramah Politik di
Bilik Gerakan BN Indera Mahkota 3
·
Penceramah Politik di
Bilik Gerakan BN Cherating Bukit Palas
·
Menyelaras Gempur di
keseluruhan Parlimen Indera Mahkota
·
Menyelaras dan memberi
ceramah serta penerangan mengenai Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di Seluruh
Negeri Pahang
·
Memberi Penerangan
kepada Pengarah JPJ Pahang dan Pusat Latihan Institut Memandu Seluruh Pahang
berhubung Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)
·
Naib Johan
Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri Peringkat Zon Pantai Timur
·
Finalis Pertandingan
Pidato Piala Perdana Menteri Peringkat Akhir
·
Pengendali Blog Pemuda
UMNO Bahagian Indera Mahkota
·
Pembahas Usul UMNO
Bahagian 2012
·
Pembahas Usul Pemuda
UMNO Bahagian 2011
·
Pembahas Usul Pemuda
UMNO Bahagian 2010
·
Panel Temuramah oleh
PahangkuTV
·
Mengetuai Daftar
Pemilih Pengundi Baru di sekitar Kawasan Perindustrian dan Kilang-kilang di
Gebeng.
·
Menaja dan Memberi
sumbangan roti kepada mangsa-mangsa banjir di Cherating, Sungai Ular dan
Beserah.
·
Pengacara dalam
Temubual Khas Bersama CEO Perbadanan AiR Pahang (PAIP), Dato’ Zahari Mat Isa
dalam menjawab tuduhan fitnah pembangkang berkenaan isu air di Pahang
·
Mengetuai Demonstrasi Berdepan
dengan Pendemo Anti Lynas di Pelabuhan Kuantan yang menyekat kemasukan bahan
mentah milik LYNAS
·
Mengetuai Demonstrasi
Berdepan dengan Pendemo Anti Lynas di Mahkamah Tinggi Kuantan
·
Mengetuai Pemuda UMNO
Bahagian Indera Mahkota dalam membuat Laporan Polis terhadap Ustaz Wan Ji yang
menghina Sultan.
·
Mengetuai Gempur
semasa Penamaan Calon di Parlimen Indera Mahkota Pilihanraya Umum ke 13
·
Penganjur Pertandingan
Badminton Tertutup PEMUDA UMNO Lembah Sekilau.
·
Mengetuai Sidang Media
Isu Penghinaan Ustaz Wan Ji terhadap Sultan.
Badan Bukan Kerajaan
(NGO)
Ketua Penerangan
Pribumi Perkasa Negeri Pahang (Perkasa Pahang)
·
Membahas Usul mewakili
Negeri Pahang di Persidangan Agung Perkasa Malaysia
·
Pembentang Kertas
Kerja Dasar Pendidikan Bumiputera di Peringkat Perkasa Malaysia.
·
Pembahas Usul Perkasa
Pahang di Persidangan Agung Perkasa Pahang kali ke-2
·
Pembahas Usul di
Mesyuarat Tahunan Perkasa Pahang di Mesyuarat Tahunan Perkasa Pahang Kali ke-3
·
Mengetuai Sidang Media
membidas tawaran mega pembangkang pada Pilihanraya
Umum ke-13
·
Mengedar Risalah mengenai bahayanya Amanat
Haji Hadi Awang yang memecahbelahkan ummah.
·
Membuat Desakan kepada
Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi agar menarik balik Amanat yang telah dibuat
beliau.
·
Mengetuai Pelancaran
Tabung GAZA Palestine
·
Mengetuai Demonstrasi
Membakar Bendera Israel.
·
Melancar Tabung Guaman
Membantu Kes Saman Utusan Malaysia.
·
Mengetuai Demonstrasi
NGO-NGO PAHANG memprotes insiden memijak gambar Perdana Menteri.
·
Mengetuai NGO-NGO
Pahang membuat demonstrasi membantah penggunaan Kalimah Allah di Masjid Negeri.
·
Mengetuai NGO-NGO
Pahang mempertahankan Ketuanan Melayu.
·
Mengetuai NGO-NGO
Pahang membuat Demonstrasi membantah Kenyataan Mat Sabu yang mengangkat Komunis
sebagai pejuang.
·
Membuat laporan polis
dan Sidang Media berhubung beberapa pemimpin pembangkang yang biadap semasa
pertabalan Yang DiPertuan Agong.
·
Mengetuai demonstrasi
NGO-NGO Pahang membantah Kenyataan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim
yang mempertahankan keselamatan Negara Israel
·
Mengetuai NGO-NGO
Pahang membuat Laporan Polis berhubung Perhimpunan Haram yang akan dilakukan
oleh Pihak Anti LYNAS
·
Membuat kenyataan
media membantah perancangan debat antara Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh
dan Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob yang ternyata bukan pakar dan
bukan bidangnya.
·
Mengetuai Laporan
Polis dan Sidang Media Berhubung Tuduhan P.Balasubramaniam yang menuduh Perdana
Menteri, Dato Seri Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
·
Mengetuai Demonstrsi
dan Himpunan Aman NGO-NGO Pahang berhubung maklumat pendedahan perisikan
Filipina yang mendakwa penglibatan pembangkang yang menjadi dalang dalam
insiden pencerobohan dan tragedi di Tanduo, Lahad Datu, Sabah,
·
Mengetuai Demonstrasi
dan membuat laporan polis berhubung Kenyataan Biadap Tian Chua yang mengeluar
Kenyataan Tragedi di Lahad Datu adalah Sandiwara UMNO.
·
Mengarang dan
mendeklamasikan sajak ‘Pejuangku’ di Majlis Ramah Mesra Vateran Polis bersama
YAB Menteri Besar Pahang sempena menyambut Hari Polis ke- 206 dalam
memperingati pejuang-pejuang di Lahad Datu dan Bukit Kepong yang telah gugur.
·
Penceramah Politik di
Felda Lepar Utara.
·
Mengetuai NGO-NGO
Pahang membuat laporan polis terhadap Alvin dan Vivian.
·
Membuat kenyataan
media membantah Penayangan Filem ‘The New Village’
Ketua Penerangan Suara Anak Muda
1Malaysia (SAM1M)
- Panel Temuramah Bual Bicara dalam
Rancangan Let’s Talk di MobTV mengupas Isu Blackout505
- Membuat Sidang Media berhubung Tuntutan
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan pembangkang yang boleh
dipersoalkan.
- Membuat
Sidang Media Melupus Bayaran Muka Membeli Rumah
- Mengeluarkan
Artikel dan nukilan Renungan Buat Sahabat Berbangsa Cina di dalam
blog-blog
- Membuat Sidang
Media Berhubung Manifesto BN sebuah Akujanji, Manifesto Pembangkang Bukan
Janji.
- Membuat
Sidang Media Mencabar Pembangkang Dedah Sumber Dana Himpunan Kebangkitan
Rakyat.
- Mengetuai NG0-NGO Pahang dalam membuat
Laporan Polis terhadap Melissa Gooi yang menghina Yang DiPertuan Agong
- Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat Sidang
Media berhubung Isu Wanita yang bernama Melissa Gooi yang menghina Yang
DiPertuan Agong.
- Membuat Sidang Media
membantah penggunaan sistem rujukan maklumat kredit berpusat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)