Apa Lagi JDT Mahu?

Selepas kejadian kontroversi yang menggemparkan arena bolasepak negara selasa lalu yang melibatkan kekecohan di antara penyokong PAHANG & JDT ada juga penyokong yang mengambil jalan untuk berdamai sesama mereka demi memupuk semangat sama agama,bangsa & negara. Walaupun kejadian yang diwar-warkan lebih memburukkan nama PAHANG selaku tuan rumah walaupun TIDAK DIKAJI PUNCA KEJADIAN SEBENAR kedua-dua penyokong nampak ingin berdamai melaui hebahan di media sosial.

BERSIHKAN nama penyokong TOK GAJAH dulu jika ingin berdamai!!!
Tetapi masih ada provokasi tersirat yang perlu diteliti dari tajuk akbar Utusan yang berbunyi FAM berat sebelah atas alasan penjualan tiket untuk perlawanan separuh akhir pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada sabtu ini. banyak desakan supaya penyokong kedua-dua pihak tidak memburukkan lagi keadaan dan hentikan perbalahan dengan segera. Persoalannya siapa yang provok?

Isu tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak patut dipertikai kerana PAHANG tetap diiktiraf sebagai TUAN RUMAH dan SEWAJARNYA mendapat quota tiket tersebut walaupun jumlah tiket yang dimohon adalah sebanyak 90000. Isu ini lebih hangat kerana tuduhan yang dilemparkan FAM berat sebelah kerana ingin membantu Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk membayar denda atas kejadian yang berlaku di Stadium Darul Makmur atas provokasi SIAPA? Dalam kejadian pada malam selasa lalu juga pihak PBNP hanya mengeluarkan tiket 300 keping untuk penyokong JDT tapi bagaimana boleh datang sehingga 5000 orang penyokong di Stadium Darul Makmur? Ketika perlawanan separih akhir pertama di Larkin penyokong PAHANG hanya diberikan 100 keping tiket berbanding limpahan penyokong JDT. Jelaslah bahawa Keputusan FAM adalah TEPAT dan tidak berat sebelah.

Keratan tiket yang ditemui di dalam Stadium Darul Makmur pada malam kejadian
APA LAGI JDT MAHU?

Perlawanan Tanpa Penyokong

PBNJ Mohon 40000 Tiket Untuk JDT




Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO Kali Ini Bakal Tarik Minat Ramai

Buat pertama kali dalam sejarahnya, UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:

* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

* Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.

Bernama melaporkan sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:

* Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian

* Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian

* Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian

* Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian

* Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian

* Ketua Wwanita - 20 peratus atau 38 bahagian

* Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian

Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?

Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak.

"Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?," tanya beliau.

Ibrahim berkata banyak orang banyaklah pandangan peribadi termasuk mereka yang serius menawarkan diri setelah layak kerana sudah menjadi AJK bahagian dan mahu menempa nama dalam sejarah dengan bertanding sebagai presiden Umno atau timbalannya.

"Mudah-mudahan ini tidak akan terjadi dalam parti keramat bagi orang Melayu ini. Namun kita harus lihat kemungkinannya kerana sekarang tiada lagi sebarang halangan apa pun," katanya, yang percaya jumlah kuota sokongan tertentu masih perlu diterapkan.

"Bagaimana pula kalau ada 100 atau 1,000 anggota mencalonkan diri. Tidakkah menimbulkan masalah teknikal bagi jawatankuasa pemilihan? Jika ini terjadi dari mana Umno akan menggamit kekuatan dan kesepaduan sokongan kepada pucuk pimpinan?" tambah beliau yang mengakui risau.

Mengakui bahawa pandangannya agak terlambat disuarakan, beliau percaya masih ada ruang dan masa bagi jawatankuasa pemilihan parti untuk memperkemas syarat atau peraturan tambahan yang logik untuk membolehkan penawaran diri sebagai calon.

Ibrahim berkata banyak cara lagi boleh dibuat untuk mencerminkan amalan demokrasi yang telus dan meluas dalam parti dan satu daripadanya telahpun dipersetujui iaitu membenarkan pemilihan langsung oleh 146,500 anggota.

Menarik juga untuk diperhatikan ialah adakah pindaan perlembagaan yang membolehkan anggota yang sebegitu ramai terlibat dalam pemilihan akan mampu menghapuskan secara total gejala politik wang?

Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata gejala politik wang mampu dikurangkan apabila Umno menambah jumlah perwakilan kepada 146,500 orang pada pemilihan kali ini.

"Ini selaras dengan apa yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun seperti lazimnya sesuatu yang baharu seperti pindaan kepada perlembagaan ini contohnya akan memerlukan masa untuk menghapuskan sepenuhnya politik wang," katanya.

Beliau berkata ia boleh menjadi langkah yang berkesan menghapus politik wang asalkan ada pemantauan yang ketat manakala jumlah perwakilan yang banyak itu juga dengan sendirinya menyukarkan pihak yang berniat melakukannya kerana pastinya tidak mampu dijangkau.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu itu berkata sekali gus persepsi kroni atau nepotisme yang dilemparkan kepada Umno kini diserahkan kepada perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan parti.

"Sekiranya selepas pemilihan masih ada suara-suara yang menyatakan Umno mengamalkan nepotisme atau kroni, ini adalah salah perwakilan kerana mereka yang memilih langsung," katanya.-30/5/2013

Sumber - www.agendadaily.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Punca GAJAH Mengamuk Di Stadium

GAJAH tak akan mengamuk tanpa sebab!!!


I swear to give you nightmare:(

Jikalau anda penyokong SETIA PAHANG,tolong sebarkan pada kawan2 seluruh Malaysia KAMI BOIKOT MEDIA MALAYSIA. Tolong hentikan sebarang bentuk fitnah dan provokasi terhadap PENYOKONG PAHANG!! Siasat secara terperinci terlebih dahulu sebelum nak keluarkan kenyataan kepada UMUM.



Untuk pengatahuan Rakyat Malaysia,kami para PENYOKONG PAHANG tidak akan mengamuk jikalau tanpa SEBAB!!

Apakah perasaan kalian semua pabila:

1) pemain JDT tak keluar padang untuk bermain.sedangkan pemain PAHANG sedang menanti di atas padang.

2) penyokong kami diluar stadium terlebih dahulu yg kena baling oleh penyokong JDT.tak caye,tengok youtube. SIAPA YANG MULAKAN?!!!

3) pemain JDT dan TMJ tak menghormati SULTAN KAMI. TMJ mengarahkan pemain JDT pulang awal,tanpa pengatahuan SULTAN KAMI. Kami tunggu punya tunggu, player JDT tak muncul2.

Di mana TMJ masa ni?


4) hampir 3x penyokong JDT berhimpun di tengah2 padang sambil menunjukkan ISYARAT2 LUCAH seperti F**k pada penyokong2 PAHANG.

5) sudah bertahun2 kami tunggu saat untuk kami berhimpun dan berkumpul beramai2 seperti malam semalam. Kami datang dari suluruh pelusuk tanah air. Alik2 game terpaksa DIBATALKAN. Sedangkan pada keesokan harinya kami semua kena bekerja seperti biasa.



6) kami tak pertikai atau kecoh pun sewaktu penyokong JDT melimpah ruah di stadium LARKIN. sedangkan penyokong PAHANG terlalu sedikit dan kerdil disana.

7) kami tidak akan mengamuk jikalau tak di sentuh!!!What you give, you get back!!!So NOW, apakah perasaan kalian semua duhai RAKYAT MALAYSIA???

 APA YANG JDT MAHU?

                                                             
JDT baling objek kepada penyokong TRW

JDT belasah penyokong TRW

JDT halau penyokong TRW



* DIMANA ADA JDT DISITU ADA KEKECOHAN...

Kami Tuntut Di Bukit Jalil


I swear to give you NIGHTMARE!!!


Jikalau anda penyokong SETIA BOLASEPAK MALAYSIA tolong sebarkan pada kawan-kawan seluruh negara MEDIA MALAYSIA memfitnah penyokong bolasepak. Kita seru mereka agar menghentikan sebarang bentuk fitnah dan provokasi terhadap PENYOKONG PAHANG dalam kejadian di Stadium Darul Makmur 28 Mei 2013. Sila siasat secara terperinci terlebih dahulu sebelum keluarkan kenyataan kepada UMUM.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia para PENYOKONG PAHANG tidak akan mengamuk jika tiada sebab!!! Dan untuk pengetahuan rakyat Malaysia PENYOKONG PAHANG adalah mangsa bersiri kekecohan JDT.

Rentetan keluhan penyokong bolasepak Negeri Sembila terhadap JDT
Dalam kekecohan di Stadium Darul Makmur pihak MEDIA lebih mewawarkan tindak-tandak penyokong PAHANG tanpa mereka menyatakan punca kejadian hasil provokasi penyokong JDT yang pada awalnya membaling objek dari dalam stadium ke penyokong PAHANG yang berada di luar stadium seperti yang tersebar di youtube "Nilaikan sendiri penyokong JDT di SDM".

Dengan tindak balas dari penyokong PAHANG yang dikhabarkan melontarkan objek dari luar ke dalam stadium mengakibatkan penyokong JDT lari dari tempat duduk penyokong ke dalam padang stadium dan pada ketika dan saat ini provokasi yang melampau oleh penyokong JDT yang memberi insyarat LUCAH kepada penyokong PAHANG yang masih di tempat duduk penyokong. Apakah perasaan anda sekiranya tetamu datang ke rumah dengan kurang ajar sedemikian?

Provokasi penyokong JDT di tengah padang kepada penyokong PAHANG

Tahap kesabaran kian luntur apabila DICABAR di laman sendiri dan tindakan TMJ serta pasukan JDT yang meninggalkan stadium dianggarkan jam 9.30mlm dikira tidak hormat kepada Sultan Pahang yang masih di stadium dengan alasan keadaan tidak selamat untuk perlawanan dijalankan. Sultan kami sanggup turun ke trek ketika cuba menasihatkan penyokong PAHANG supaya masuk ke kawasan tempat duduk penyokong bagi memberi laluan kepada sepak mula perlawanan dan pihak polis memberi kenyataan bahawa perlawanan selamat dijalankan.


Ekoran dari tindakan penyokong JDT masuk ke dalam padang FAM mengumumkan perlawanan terpaksa ditunda. Dengan perasaan marah puluhan ribu penyokong PAHANG yang setia menanti akhirnya hilang sabar. Akibat daripada provokasi penyokong dan tindakan Pasukan JDT meninggalkan stadium maka penyokong MENGAMUK dengan meluru masuk ke dalam padang dan perbalahan antara kedua-dua penyokong bermula. Dengan keadaan yang huru-hara di tengah padang para wartawan mengambil kesempatan merakamkan kejadian ini tanpa menyelidik punca kejadian ini berlaku.

Ini tidak adil untuk penyokong bolasepak bagi pasukan-pasukan lain. Ini bukan kejadian yang pertama berlaku melibat JDT. Kejadian yang berlaku di Stadium Darul Makmur dianggap kemuncak tindak balas peminat bolasepak terhadap penyokong JDT yang dianggap anak emas dalam arena bolasepak tempatan.

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang didenda RM100 000 tetapi pihak yang mencetuskan provokasi hanya dikenakan denda sebanyak RM20 000. Mungkin PBNP didenda atas kelalaian menguruskan kehadiran penonton tapi dengan hanya quota 300 tiket sahaja untuk penyokong JDT bagaimana penyokong JDT yang hadir di Stadium Darul Makmur 5 000 orang?

APA YANG KAMI TUNTUT...

Rakyat MALAYSIA yang cintakan bolasepak dituntut sebarkan perkara sebenar yang berlaku di Stadium Darul Makmur. Anda juga digalakkan membongkar kembali kejadian-kejadian yang sama dialami oleh pasukan masing-masing ketika bertemu JDT. Anda juga diharap dapat memakai JERSI pasukan masing-masing pada hari sabtu ini bagi menyatakan sokongan kepada tindakan ini. Tidan perlu ke Stadium Nasional Bukit Jalil kerana sudah pasti PENYOKONG TOK GAJAH akan datang memberi sokongan setia merka kepada PASUKAN PAHANG. Jika nak datang stadium pun digalakkan tapi PASTIKAN AMAN!!!

Cerita yang disebarkan di laman sosial berkaitan kekecohan di Stadium Darul Makmur

Pihak media juga dituntut untuk mengeluarkan kenyataan sebenar punca kejadian di Stadium Darul Makmur serta menghentikan tuduhan kepada PENYOKONG PAHANG yang dilabelkan sebagai GANAS. TOK GAJAH takkan mengamuk tanpa SEBAB.

PENYOKONG PAHANG juga dituntut membersihkan nama mereka ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil pada sabtu ini dengan menunjukkan segala bukti yang menyatakan kejadian di Stadium Darul Makmur berpunca dari provokasi JDT.

Dan yang terakhir KAMI TUNTUT JDT JANGAN ANGKUH DI BUKIT JALIL...

* Tuntut untuk kebaikan bersama...


TMJ Cadang Perlawanan Pahang-Johor Tanpa Penyokong?

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mencadangkan perlawanan separuh akhir  kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, diadakan tanpa kehadiran penonton.

Tunku Ismail berkata ia perlu demi menjamin keselamatan penyokong Pahang dan Johor DT memandangkan insiden kekecohan yang berlaku di Stadium  Darul Makmur semalam, belum reda.

"Untuk keselamatan tidak payah penyokong kerana kita mahu atasi perkara tidak sepatutnya berlaku. Keselamatan penyokong lebih mustahak," katanya  kepada pemberita di Istana Bukit Pelangi, di sini, malam ini.

Tunku Mahkota Johor itu berkata beliau juga akan mengemukakan surat rasmi berhubung cadangan terbabit kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

      Menurut Tunku Ismail kekecohan yang berlaku tersebut wajar ditangani segera kerana tidak mahu insiden seumpama itu mencemarkan imej bola sepak  negara.

Dalam pada itu, baginda berkata PBNJ akan memasang alat pengesan logam di stadium dalam masa terdekat supaya sebarang senjata tidak terlepas  masuk demi menjamin keselamatan penonton.

"Kompang, gendang dan botol minuman juga tidak akan dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium selepas ini demi mengelakkan sebarang kejadian yang  tidak diingini," katanya. - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LPT Fasa 2 Dari Jabor Ke Utara Kuala Terengganu Siap Hujung 2014

KUALA TERENGGANU 27 Mei - Kesemua 16 pakej fasa dua Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2) dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya akhir tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata sehingga kini, sembilan dari 16 pakej LPT 2 telah siap.

"Kita tahu rakyat pantai timur meletakkan harapan lebuh raya ini siap dengan kadar segera.

"Kami harap dapat menyelesaikan permasalahan bahagian kontraktor yang lambat menyiapkan kerja serta kami akan mencari jalan bagaimana dapat membantu memastikan kerja disiapkan pada tarikh yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Plaza Tol Kuala Terengganu yang belum dibuka secara rasmi kepada awam serta meninjau kerja di sepanjang lebuh raya sehingga ke Plaza Tol Bukit Besi di Dungun.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Anggota Parlimen Petra Jaya itu ke Terengganu setelah dilantik Menteri Kerja Raya selepas pilihan raya umum lepas.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman.

Sambil memberi jaminan bahawa beberapa masalah pembinaan lebuh raya itu telah diatasi pihak pelaksana, Fadilah berkata, kawasan yang bermasalah tidak banyak.

"Kalau terkebelakang pun hanya 0.3 peratus hingga 3 peratus sahaja kelewatan masa," katanya.

Beliau berkata, pakej melibatkan laluan Bukit Besi ke Paka dijangka siap akhir tahun ini setelah JKR meminta kerja-kerja menyiapkan lebuh raya di kawasan itu dipercepatkan.

Projek LPT 2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu merupakan kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos awal projek RM3.7 bilion.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan berikutan masalah kenaikan harga barangan pembinaan di pasaran. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sultan Pahang Rasmi Kompleks Mahkamah Kuantan

KUANTAN - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli merasmikan Kompleks Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Mahkamah yang beroperasi sejak 23 Julai 2012 itu dibina di tanah seluas 94,000 meter persegi dengan kos RM159 juta dan mampu memuatkan 800 kenderaan pada satu-satu masa.

Menempatkan 23 bilik perbicaraan iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, kompleks itu turut dilengkapi bilik sokongan seperti ruang pejabat, perpustakaan, bilik fail dan bilik mesyuarat

Sultan Ahmad Shah, dalam titah baginda berharap mahkamah itu akan meneruskan kecemerlangan keadilan yang dipamer sebelum ini demi kesejahteraan negara.

"Proses memastikan kelangsungan keadilan perlu dipertingkat bagi memastikan rakyat mendapat manfaat," titah baginda.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Sultan Ahmad Shah bertitah pembinaan kompleks itu merupakan petanda kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi negara.

"Saya amat sukacita melihat pelaksanaan satu lagi projek kemakmuran di negeri Pahang yang mana dapat memperluas kemudahan kepada rakyat dalam sistem kehakiman.

"Saya merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana memastikan pelaksanaan projek ini, dan kepada Jabatan Perdana Menteri yang telah melihat keperluan rakyat saya," titah baginda.

Baginda juga berharap kewujudan kompleks itu akan membolehkan masyarakat sekitar menikmati penyampaian perkhidmatan kehakiman yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. - Bernama

*Projek mcm ni merugikan kerajaan pun ada aku rase. Berapa ramai peguam yg menentang kerajaan yg bagi kemudahan sehebat mahkamah Kuantan dan mahkamah2 lain. Dasar xpandai bersyukur...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puluhan Ribu Rakyat Berdemo Bantah Undang-Undang Gay.

PARIS 27 Mei - Berpuluh-puluh ribu penduduk Perancis berarak memenuhi ibu negara ini semalam bagi membantah undang-undang perkahwinan gay yang dikawal pihak polis di tengah-tengah kebimbangan akan unsur-unsur yang boleh menjadikan demonstrasi itu bertukar ganas.

Satu daripada janji semasa kempen Presiden Francois Hollande iaitu rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis dan pengambilan anak angkat dan diluluskan pada 18 Mei lalu berikutan bantahan di seluruh negara sejak berbulan lalu yang kini berbelah bahagi tentang isu tersebut.
 
Kira-kira 4,500 anggota pasukan keselamatan telah digerakkan setelah kumpulan penentang undang-undang itu berkumpul di Paris dari setiap pelosok negara menggunakan bas dan kereta api.

"Ya kepada maruah manusia" satu daripada slogan yang dibawa penunjuk perasaan yang meniupkan wisel dan hon. - AFP

Sumber - klpos.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anak Pemimpin PKR Didakwa SPRM?

Anak bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Lajim Ukin hari ini didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menggunakan dokumen palsu bertujuan mendapatkan projek membina jalan raya.

Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 8 Ogos 2012 untuk melaksanakan projek membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7 di Tanjung Semberong, Batu Pahat, Johor.

Dalam kertas pertuduhan yang dibacakan kepadanya, Mohd Nizam didakwa dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Walau bagaimanapun, Mohd Nizam mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. "Saya meminta dibicarakan," kata Mohd Nizam selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan kepadanya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi ini.
Hakim Rosbinhanim Ariffin menetapkan tarikh sebutan pengurusan kes pada 25 Jun depan dan Mohd Nizam dibebaskan dengan ikat jamin sejumlah RM50 ribu berserta seorang penjamin.

Mohd Nizam didakwa telah melakukan kesalahan tersebut tahun lalu apabila menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping Lampiran 1 bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 dan 7 Linau, Tanjung Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad.

Dokumen tersebut yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengandungi senarai syarikat antaranya Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Manshashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina Mas Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd.

Lajim yang turut hadir menemani anaknya hari ini bagaimanapun enggan memberi sebarang komen sebaliknya menyerahkan kepada peguam untuk menyelesaikannya. "Tiada komen, biar peguam uruskannya," kata Lajim.

Mohd Nizam jika disabitkan bersalah boleh dihukum penjara selama tempoh dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SPR Menjawab Misteri Black Out Ketika Proses Pengiraan Undi

Satu lagi pembohonngan haprak pakatan, untuk pengetahuan anda pusat pengiraan undi adalah kawasan larangan mana boleh wartawan sedangkan polis pun kena tunggu kat luar apatah lagi wartawan.

Tidak ada satu pun laporan polis dibuat dan ternyata haprak pakatan berbohong sekali lagi kepada penyokong sendiri.Ikuti video penjelasan daripada SPR.

Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya. Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan. Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.

"Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan. "Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya. – Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nombor Pendaftaran Kenderaan Bagi Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 23 Mei - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan siri nombor WYY9999 akan berakhir pada Julai depan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, terdapat 13 siri lagi sebelum mencapai siri nombor pendaftaran WYY.

Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baharu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah W (1 sehingga 9999)A.

Siri ini akan bermula dengan W1A dan berakhir dengan W9999A. Siri berikutnya adalah W1B sehingga W9999B, diikuti W1C dan seterusnya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PKR Mahu Singapura Beri Peluang Kedua

pada 23-05-2013 12:05 Ditulis Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
 
KUALA LUMPUR: PKR hari ini merayu Pesuruhjaya Singapura agar terus memberikan permit kepada 21 rakyat Malaysia yang mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 pada 5 Mei di Merlion Park, Singapura.
 
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata kesemua rakyat Malaysia yang ditahan itu berhak menyatakan solidariti mereka terhadap perlunya pilihan raya yang bersih di negara mereka sendiri.
 
"Saya menggesa agar Pesuruhjaya Singapura terus memberikan peluang kedua kepada mereka semua. Mereka berhak mendapat permit mereka.
 
"Kalau tidak bagaimana mereka hendak mencari nafkah kerana mereka juga adalah penyumbang kepada ekonomi Singapura selama ini," katanya selepas menyerahkan memorandum 'Malaysia harus memberi peluang kedua kepada pekerja Malaysia' di sini tadi.
 
Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Pesuruhjaya Singapura, Haris Rusdi Chai dan Ramanathan Manivasagan.
 
Untuk rekod polis Singapura sebelum ini memberi nasihat perhimpunan seumpama itu melanggari undang-undang Singapura.
 
"Pihak polis ingin menegaskan, sementara orang luar dibenar bekerja dan tinggal di sini, mereka perlu mematuhi undang-undang kita.
 
"Mereka tidak boleh membawa masuk isu dalaman dari negara mereka ke Singapura dan melakukan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam, kerana mungkin terdapat kumpulan dengan pandangan yang berbeza.
 
"Mereka yang melanggar undang-undang akan ditangani secara serius," kata akhbar itu memetik jurucakap polis sebagai berkata menerusi satu kenyataan.
 
Penahanan itu dilakukan selepas amaran dikeluarkan tetapi tidak dipedulikan oleh mereka yang ditahan.

Sumber - antarapos.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Shahiruddin letak jawatan Pengerusi GiatMara

Gambar Datuk Shahiruddin ketika masih menjadi Pengerusi GiatMara

RAUB 22 Mei - Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin melepaskan jawatannya berkuatkuasa semalam bagi memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri itu berkata di sini hari ini:
"Tugas sebagai ahli Exco amat berat tambahan pula bertanggungjawab kepada tiga bidang utama, koperasi, usahawan dan kepenggunaan."

Shahiruddin yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Dong pada Pilihan Raya Umum Ke-13, dilantik semula sebagai Ahli Exco kerajaan negeri baru-baru ini. Beliau pernah menganggotai Exco negeri pada 2004, namun digugurkan pada 2008. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130522/dn_28/Shahiruddin-letak-jawatan-Pengerusi-GiatMara#ixzz2U52RfmKU
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Hasil Risikan Tentera Filipina, Pemimpin Pembangkang Malaysia Serah Wang Kepada Pengganas Kiram Di Manila

Penyerahan wang oleh ahli Parlimen pembangkang kepada kumpulan pengganas Kiram di Manila, yang dikesan perisikan tentera Filipina adalah sebahagian daripada bukti kukuh pembabitan pembangkang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
Berita Harian melaporkan urusan membawa dan menguruskan sejumlah besar wang tunai itu diarahkan oleh seorang individu berkepentingan dari negara ini berlaku pada 7 Februari, iaitu dua hari sebelum pencerobohan pada 9 Februari.
"Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku," katanya.
Pasukan perisikan negara berkenaan juga menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas mula menyerahkan wang kepada ahli keluarga terdekat mereka sebagai belanja sebelum mereka menceroboh Sabah.
Sumber itu juga berkata: "Isyarat makin jelas apabila lagu Sabah Nak Hilang mula didendangkan dan dinyanyikan dalam siri ceramah pembangkang seolah-olah sesuatu akan berlaku di Sabah," katanya.
Katanya, tujuan utama lagu itu dinyanyikan adalah untuk mengalihkan tumpuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ke atas Sabah, pihak yang harus dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat sedangkan pada masa sama rancangan jahat menceroboh Sabah sedang dilakukan oleh pembangkang.
Pada 9 Februari, kumpulan pengganas Kiram dikesan memasuki Pantai Timur Sabah, iaitu hari yang sama dua Ahli Parlimen pembangkang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Tiga hari kemudian, lebih 150 orang pengganas lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjata api dikesan memasuki kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memperoleh semua bukti berkaitan pembabitan tiga pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Semua bukti dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. untuk tindakan susulan selepas PDRM dan ATM membuat penelitian dari segi undang-undang untuk memperkuat hujah di mahkamah.
Sumber - www.agendadaily.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








Anwar Ibrahim Terus Hasut Rakyat



ALOR SETAR 22 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan sikap tidak dapat atau enggan menerima hakikat kekalahan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam satu ceramahnya di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini malam tadi, beliau juga terus menghasut rakyat terutama golongan muda agar membenci kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Tanpa menghiraukan kemarahan rakyat terhadap tindak-tanduknya yang meresahkan masyarakat pembagai kaum di negara ini, Anwar juga mengajak orang ramai menyatakan protes.

Anwar masih menganggap pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 namun ia dinafikan oleh SPR melaui pelbagai penipuan yang didalangi oleh Barisan Nasional (BN).

"Kita telah menang namun ada undi awal untuk BN daripada orang Bangla, Myanmar, Indonesia.
"Ada penipuan besar dan jenayah yang telah dilakukan oleh SPR dan BN, sebelum pilihan raya tipu, selepas pilihan raya pun tipu.


"Jadi saya seru rakyat untuk bangkit lawan penipuan ini, kita mesti pertahankan kemenangan, kita mesti tuntut Putrajaya daripada sekarang," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130522/po_12/Anwar-terus-hasut-rakyat#ixzz2U58Vlosy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemain Perlu Buat Laporan Polis - Tengku Abdullah

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan agar pemain yang menjadi mangsa ugutan bookie untuk tampil membuat laporan polis.

"Perkara ini perlu diberi perhatian dengan sewajarnya. Kepada pemain yang menerima ugutan itu haruslah melaporkan kepada pihak polis.

"FAM tidak mempunyai kuasa dalam hal itu kerana ianya hal jenayah dan pihak polis pasti akan mengambil tindakan," kata  baginda kepada media selepas melancarkan kad debit Visa Bank Islam 'Team Harimau' di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Baginda juga menasihatkan kepada para pemain agar menjauhkan diri dan jangan sesekali  menerima sebarang wang suapan dari bookie.

"Jangan ambil langsung dan jauhkan diri dari bookie kerana ianya bahaya serta boleh merosakkan mutu bola sepak negara," katanya.

Menurutnya, pihak FAM bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  akan mengadakan pertemuan esok di Majlis Sukan Negara bagi membincangkan mengenai isu rasuah dalam bola sepak yang kini kembali melanda Liga Malaysia.

Sumber - www.sinarharian.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dewan Pemuda PAS Malaysia Sedia Bertemu KJ - Nasrudin

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Hj. Nasrudin Hassan dalam laman facebook beliau hari ini menyatakan kesediaan pihak DPMM untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

Nasrudin menyambut kenyataan Khairy yang mahu bertemu serta menerima pandangan semua pemuda parti-parti polistik termasuk DPMM bagi pembangunan sukan negara.

Antara petikan dari laman facebook Nasrudin:

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu mengadakan pertemuan dan menerima pandangan semua pemuda parti-parti politik termasuk Dewan Pemuda PAS Malaysia.

2. DPPM telah lama menantikan kenyataan terbuka seperti ini. Khairy menunjukkan kecerdikan apabila mempelawa semua pihak bagi memberikan pandangan demi membangunkan sukan negara. Mungkin beliau telah belajar bahawa sikap menjuzukkan pemerintahan dari rakyat atau mempolitikkan semua perkara akan merugikan negara. Kini beliau telah matang bahawa menjadi pemimpin kerajaan adalah suatu amanah untuk ditunaikan. Kerajaan adalah hak rakyat dan rakyat perlu diberi peluang memberikan pandangan, buah fikiran serta sumbangan bagi membangunkannya dan ia tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik semata-mata. Rakyat juga sudah bosan dengan sikap 'politiking' pemimpin dalam semua perkara, termasuk isu-isu negara.

3. DPPM menganggap Sdr Khairy adalah antara pemimpin politik yang bersikap terbuka ditengah-tengah pemimpin veteran partinya yang jumud dan konservatif. Kerana itulah beliau lambat naik kerana sentiasa dicurigai oleh pemimpin senior yang berfikiran terkebelakang. Sebaiknya pemimpin UMNO seperti Datuk Ser Dr Zahid Hamidi dan lain-lainnya meneladani keterbukaan Khairy dalam menangani sesuatu isu. Jangan bertindak secara emosi dan berat sebelah kerana rakyat akan menilai kecerdikan atau kebodohan pemimpin tersebut. Mentaliti sempit Dr Zahid Hamidi perlu diubah supaya beliau dan Menteri-menteri lainnya dianggap cerdik dan layak memimpin negara.

4. DPPM bersedia mengadakan pertemuan dengan YB Sdr Khairy Jamaluddin bagi memberikan pandangan dan idea demi membangunkan sukan negara. DPPM juga sanggup mengadakan kerjasama dalam apa juga program yang dianjurkan bagi memastikan belia di negara ini mendapat manfaat daripada kementerian dan kerajaan.

5. Dalam soal pembangunan rakyat dan negara terutama yang berkaitan dengan golongan belia, DPPM sanggup mengenepikan sentimen politik kepartian.

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Adam Adli Ditahan Polis

KUALA LUMPUR: Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim ditahan telah ditahan polis bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan.

Penahanan  pelajar jurusan Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang menjalani penggantungan tiga semester dari universiti tersebut dilakukan dipercayai mempunyai hubung kait dengan penglibatannya dalam sebuah Forum 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam siaran akhbarnya menjelaskan bahawa Adam Adli, 24, telah ditahan di kawasan Bangsar pada jam 3.15 petang tadi.

"Beliau telah dibawa ke Lokap Balai Polis Jinjang untuk siasatan dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948," kata Mohmad.

Dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada 9 Januari 2012, jawatankuasa tatatertib UPSI memerintahkan penggantungan selama tiga semester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun ini berikutan tindakannya menurunkan poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Persidangan UMNO pada Disember 2011.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

40 Balai Bomba Dibina Menjelang 2015

KUANTAN, 18 Mei (Bernama) — Empat puluh lagi balai bomba akan dibina di seluruh Pahang menjelang 2015, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Beliau berkata balai-balai tersebut akan dibina secara berperingkat di kawasan luar bandar dan pekan kecil bagi memastikan tempoh respons terhadap setiap aduan yang diterima dapat dipendekkan.

"Pemilihan lokasi akan dimuktamadkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan lokasi yang dicadangkan ialah di Felda Chini, Pekan, Sungai Lembing, Kuantan, Benta dan Kuala Lipis.

"Bagi memastikan operasi di setiap balai bomba itu berjalan lancar, kita akan tempatkan pegawai terlatih untuk menyelia semua urusan dan pengendalian setiap aduan yang diterima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Anggota Bomba Sedunia 2013 peringkat negeri Pahang di sini hari ini.

Abdul Wahab berkata latihan secara berterusan juga akan disediakan kepada anggota bomba sukarela yang ditempatkan di balai berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata jabatan itu menyelamatkan RM1.7 bilion harta benda sepanjang tahun lalu, meningkat 22 peratus berbanding 2011.

"Jumlah kerugian akibat kebakaran pula mencatat penurunan lapan peratus iaitu RM26.5 juta, berbanding RM31.4 juta pada 2011," kata beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yang Menarik tentang KJ, Bekas Penyampai Televisyen

Khairy Jamaluddin yang aktif dalam kegiatan lasak dan suka bersukan adalah bekas Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM dan pengerusi jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM selama tiga tahun sejak 2007.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) itu pada 2006 telah dipilih sebagai ahli The Forum of Young Global Leaders, World Economic Forum, yang dianggotai oleh pemimpin berwibawa berumur dalam lingkungan 40-an atau kurang dan memiliki komitmen tinggi terhadap tanggungjawab untuk kejayaan organisasi.

Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi Teori dari Universiti Oxford, United Kingdom, dan Ijazah Sarjana Teori Undang-undang dan Politik Universiti Kolej London.

Khairy Jamaluddin pernah bertugas sebagai penulis ucapan kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1999 dan beberapa bulan kemudian dilantik sebagai pembantu khas kepada Abdullah hingga 2003.

Apabila Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2003, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Sulit selama setahun.

Bekas penyampai televisyen dan pengacara program 'Dateline Malaysia' di NTV7 pada 1998 dan penulis dengan penerbitan The Economist selama tujuh bulan pada 1999, pernah menjadi pengarah penasihat korporat ECM Libra Sdn Bhd.

Dalam politik, Khairy Jamaluddin menyertai UMNO pada 1998 sekembalinya dari belajar di luar negara dan telah memegang beberapa jawatan parti di peringkat bahagian di Tampin dan Rembau, serta pusat termasuk Ketua UMNO cawangan Gadong pada 2002 dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Rembau pada 2004.

Pada pemilihan parti 2004 beliau menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding, dan pada Pilihan Raya Umum 2008 bertanding di kerusi parlimen Rembau yang disandangnya hingga ke hari ini.

--BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Alex Selamatkan Tok Gajah

KUANTAN - Pahang bernasib baik apabila tandukan Azammuddin Mohd. Akil pada waktu kecederaan menyelamatkan pasukan itu daripada tersungkur di tempat sendiri selepas seri 1-1 dengan pendahulu, LionsXII pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur semalam.

Dalam perlawanan itu, Pahang mengatur asakan bertali arus untuk mencari gol penyamaan, namun pertahanan LionsXII sering menggagalkan cubaan tersebut.

Namun Azammuddin akhirnya melegakan tuan rumah dengan menjaringkan gol penyamaan ketika saingan tinggal beberapa saat untuk ditamatkan.

LionsXII terdahulu mendapat gol tunggal hasil sepakan percuma Shahril Ishak pada minit ke-10 selepas kapten mereka, dijatuhkan oleh Damion Delano Stewart.

Cubaan pemain LionsXII, Fazrul Nawaz untuk menambah jaringan pada minit ke-27 menerusi sepakan kencang gagal apabila berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Pahang, Mohd. Rosfaizul Azuar Ali.

Pahang yang cuba menyamakan kedudukan menerusi Abd. Malik Md. Arif minit ke-33 yang membawa bola seorang diri ke dalam kotak penalti gagal apabila sepakannya tersasar ke tepi pintu gol.

Lions XII terus mengandakan serangan untuk merobek gawang tuan rumah tetapi tiada gol berjaya dihasilkan sehingga habis babak pertama.

Walaupun skuad Tok Gajah bermula garang pada babak kedua namun cubaan demi cubaan tuan rumah tidak membuahkan hasil selepas penjaga gol lawan, Izwan Mahbud cemerlang pada perlawanan itu.

Pahang terus menggandakan usaha untuk menjaringkan gol tetapi tandukan Matias Ruben Conti pada minit ke-49 yang masuk ke dalam gawang lawan telah ofsaid.

Sementara itu, di Stadium Perak, Ipoh, Terengganu berjaya membawa pulang tiga mata berharga selepas menumbangkan pasukan tuan rumah, Perak 3-1.

Terengganu berada di depan pada minit ke-18 hasil jaringan Abdul Manaf Mamat sebelum Perak menyamakan kedudukan melalui gol penyerang mereka Azlan Ismail.

Hasrat Perak untuk bangkit tidak kesampaian malah pasukan pelawat berjaya menambah dua gol menerusi Fakrulrazi Musa pada minit ke-65 dan jaringan penalti Khairul Ramadhan Zauwawi empat minit sebelum perlawanan tamat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BlackBerry Q10: Malaysia Pasaran Pertama Di Asia

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama di Asia untuk mendapatkan BlackBerry Q10, setelah pelancaran Z10 pada Februari 2013. Q10 mula diedarkan kepada pengguna secara rasminya pada hari Rabu, 15 Mei. 

Q10 mempunyai skrin sesentuh OLED 3.1 inci dengan resolusi 720 X 720. Berbeza dengan Z10, Q10 mempunyai kekunci QWERTY yang sudah menjadi sinonim dengan telefon pintar milik BlackBerry.

Q10 juga mempunyai ciri BlackBerry Balance dimana pengguna boleh menukar diantara profil kerja  dan peribadi untuk mesej, emel dan aplikasi.

Pengguna juga boleh 'swipe' skrin sesentuh untuk menukar diantara aplikasi dengan BlackBerry Hub.

Dengan Q10, BlackBerry Messenger mempunyai ciri perbualan video dan membenarkan pengguna untuk kongsi gambar atau dokumen dengan mudah.

Seperti Siri untuk iPhone dan iPad dan S Voice untuk telefon pintar Samsung, BlackBerry Q10 juga mempunyai ciri kawalan suara untuk menghantar mesej BBM, membuat jadual mesyuarat, atau mengemas kini status Facebook.

Telefon pintar Z10 dan Q10 dilancarkan pada 30 Januari di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain atas cubaan BlackBerry (yang dulu dikenali sebagai Research in Motion) untuk atasi pesaing terdekat mereka iaitu Apple dan Samsung.

Walaupun ramai sudah beralih untuk mengguna produk Apple atau Samsung, menurut kajiselidik yang dikendalikan oleh YouGov, pengguna sedia ada yang ingin membeli telefon pintar BlackBerry yang baru meningkat dari 18 peratus pada tahun 2012 ke 43 peratus awal tahun ini.

Penjenamaan semula BlackBerry dan juga penggunaan sistem operasi baharu untuk Z10 dan Q10 adalah antara faktor jenama BlackBerry boleh diterima semula oleh pengguna.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nasharuddin Ulangi Kenyataan Mahu UMNO Dan PAS Bersatu???

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada Khamis mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata, untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota UMNO dan PAS perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing. Kegagalan penyatuan di antara UMNO dan PAS berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.

Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema 'In Search of Human Security – Islamic Diplomacy and the Way Forward' berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.

"Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.

"Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya.

Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa PengajianIslam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar.

Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.

Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP Ngeh Koo Ham Menghina Sultan Johor

Keputusan MCA menghormati perintah Sultan Johor adalah lambang penghormatan dan bukannya lambang tunduk kepada Sultan.

DAP Ngeh Koo Ham tidak sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk mempolitikkan isu yang akan mencemar Kedaulatan Institusi Raja di negara kita .

Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Setakat ini sudah beberapa Facebook Pages yang menghina keputusan Baginda Sultan Johor sudah telah dikesan.

Sebagai seorang peguam ( DAP Ngeh Koo Ham ) seharusnya sedar Undang–undang Tubuh kerajaan Johor telah lahir lebih awal daripada kerajaan Malaysia.

DAP Ngeh Koo Ham sepatutnya tahu had dan batasan beliau dalam perjuangan politik di negara kita.

Admin berharap akan ada NGO yang akan bangkit membua laporan polis terhadap pemimpin DAP yang mempersoalkan perintah Sultan Johor demi menjamin keamanan dan lambang kebesaran negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hasrat Bida Hos Piala Dunia 2034 Dibincang Teliti

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan negara ASEAN lain untuk membuat bidaan bersama selaku tuan rumah Piala Dunia 2034 harus dibuat dengan perancangan yang teliti.

Sambil menyokong usaha itu, beliau berkata, cadangan bidaan itu merupakan idea asal badan induk bola sepak kebangsaan berkenaan ketika beliau memegang jawatan Timbalan Presiden II FAM dari 2007 hingga 2010.

"Saya lihat bidaan (bersama) ini akan menjadi lebih serius dan saya fikir ia merupakan satu idea yang baik," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai KBS, di sini hari ini.

Khairy yang memulakan tugas rasmi selaku Menteri Belia dan Sukan yang baharu hari ini, berkata beliau akan menghadap Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam tempoh terdekat bagi membincangkan lebih lanjut berhubung bidaan itu.

"Secara dasarnya, saya melihat ia (bidaan) idea yang baik dan kita seharusnya membuat perancangan yang teliti. Walaupun bidaan dibuat oleh persatuan (FAM), kerajaan yang akan mengendalikan kemudahan dan sebagainya," kata beliau.

Dua hari lepas, Tengku Abdullah yang juga anggota Jawatankuasa Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF), menyifatkan 2034 sebagai tahun paling sesuai buat rantau ini khususnya Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Tengku Abdullah membayangkan pada 2034, Malaysia mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama sebuah negara Asia Tenggara, seperti yang dilakukan Jepun-Korea Selatan pada 2002.

Media juga melaporkan bahawa baginda turut diminta mempengerusikan sebuah jawatankuasa peringkat Asean bagi tujuan membida kejohanan bola sepak dunia itu dan ia dijangka diumumkan selepas mesyuarat bersama wakil negara Asean pada 16 Jun.

Khairy dan timbalannya, Datuk M. Saravanan memulakan tugas rasmi masing-masing hari ini, selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, semalam.

Sumber: Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga Kereta Turun Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR 17 Mei - Aku Janji Barisan Nasional (BN) ketika kempennya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menurunkan harga kereta akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan berjanji untuk memperhalusi isu tersebut seterusnya menurunkan harga sepertimana yang dijanjikan.

"Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak.

"Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu yang dibangkitkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustapa yang dilantik semula untuk menjawat jawatan yang disandang beliau menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar dalam menghadapi situasi ekonomi serta politik negara yang berubah secara radikal.

Mengenai Aku Janji BN menurunkan harga kereta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus dari harga asal.

Menurut penganalisis ekonomi, penurunan secara berperingkat adalah wajar ekoran kerajaan perlu melihat kepada skop pasaran sampingan lain seperti perusahaan menjual kereta terpakai.

Selain menurunkan harga kereta, BN turut berjanji untuk meneruskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimana jumlahnya juga akan ditambah selain meningkatkan pembinaan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Aku Janji lain termasuk, meningkatkan jumlah pekerjaan berpendapatan tinggi dengan meningkatkan pelabur asing dan penambahbaikan sistem kesihatan rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Terima Keputusan PRU-13 Sebagai Ketentuan Allah

KOTA BHARU 17 Mei - Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak boleh menerima kegagalan beliau menduduki Putrajaya, Pas pula dengan berlapang dada dan akur dengan kehendak pengundi yang memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan mengangap itu sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah.

"Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri.

"Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya maka sebab itu Allah tangguhkan dulu kemenangan kita supaya kita betul-betul bersedia.

"Dan apabila Allah memberikan kita kemenangan nanti kita mesti melaksanakan

amanah yang diberikan itu dengan baik dan memenuhi kehendak serta hasrat rakyat," katanya ketika berucap pada ceramah perdana di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.

Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13 sebaliknya terus mengadakan siri perhimpunan haram di seluruh negara untuk mengajak rakyat membantah keputusan PRU-13 lalu dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Ini termasuk mendakwa pakatan pembangkang sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang walaupun kenyataannya BN memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pakatan DAP, PKR dan Pas hanya memenangi 89 kerusi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menteri Belia Dan Sukan Paling Muda Yang Pernah Dilantik

Khairy Jamaluddin mengakui beliau memikul amanah yang berat apabila dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan semalam, menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Melalui laman sosial, Twitter miliknya sebaik sahaja pelantikan semalam, beliau berkata: Alhamdulillah dan terima kasih semua atas mesej tahniah.

Amanah yang berat. Mohon idea dari rakan-rakan semua untuk masa depan sukan dan belia."

Sementara itu, ketika dihubungi, beliau berkata tumpuannya sudah tentu kepada pembangunan belia dan sukan.

Saya akan cuba melakukan transformasi orang muda yang mana saya berperanan untuk lebih rapat dengan golongan tersebut," katanya.

Menurutnya, beliau memerlukan masa dua minggu untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak sebelum membuat sebarang perancangan.

Saya akan cuba melakukan transformasi dengan membawa suara anak muda ke dalam Kabinet," ujar beliau.

Khairy, yang dilahirkan pada 10 Januari 1976 adalah Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik memegang jawatan tersebut.

Khairy pertama kali bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-13 lalu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007 hingga 2010.

Khairy pernah terbabit dalam rancangan realiti sukan popular, MyTeam. Pasukan itu beraksi dalam Liga Perdana pada 2007 sebelum bergabung dengan Perak UPB dan dikenali sebagai UPB-MyTeam.

Beliau menjadi Presiden pasukan tersebut sehingga berjaya muncul naib juara Liga Perdana 2007 dan beraksi dalam Liga Super pada 2008.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada Sebarang Kenaikan Harga Produk Gardenia

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., anak syarikat makanan yang di senarai di Singapura, QAF Ltd, hari ini menjelaskan bahawa harga produknya tidak dinaikkan.

"Sudah lebih setahun Gardenia menjadi sasaran siri penipuan yang disebarkan oleh beberapa orang. Fitnah terbaharu ialah harga roti kami naik.

"Ini fitnah semata-mata. Produk Gardenia di Semenanjung Malaysia tidak dinaikkan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Yap Kim Shin, dalam satu kenyataan.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Minggu lepas, pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai kenaikan harga roti Gardenia.

Khabar angin ini bermula di Internet dan sejak itu tersebar luas dalam beberapa media perdana.

Kim Shin berkata, harga produk Gardenia di Semenanjung Malaysia stabil sejak beberapa tahun dan syarikat itu menyerap kenaikan kos pengeluaran.

"Syarikat itu yakin kenaikan harga hanya sebagai merupakan tindakan akhir jika semula aspek lain dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti, tidak dapat ditangani.

"Penipuan dan fitnah ini bertujuan mensabotaj Gardenia. Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa khabar angin ini tidak benar sama sekali dan meminta pengguna mengesahkan kandungan yang dibaca di Internet.

Harga produk Gardenia di senarai pada tag 'kwik lok' dan/atau dicetak pada pembungkus.

Pengguna dinasihatkan menyemak sendiri harga dan tidak mendengar atau menyebar maklumat palsu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gardenia, layari www.gardenia.com.my

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengeluarkan roti buku pertama dalam barisan pengeluarannya pada 1986.

Hari ini, selepas 26 tahun, Gardenia mempunyai kemudahan di lima kilang dengan 39 unit penyimpanan stok dan menghasilkan 1.8 juta unit produk setiap hari.

Gardenia baru-baru ini menerima Anugerah Emas berprestij pada anugerah Putra Brand Awards 2013. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kenapa Malaysia Terpaksa Ikut Harga Minyak Pasaran Dunia?

Harga minyak dunia ditentukan oleh 2 organisasi iaitu New York Mercantile Exchange (NYMEX) dan Intercontinental Exchange (ICE). Mereka mengawal harga minyak semenjak 1920an lagi. Memang ada cubaan untuk memecah monopoli mereka iaitu sebanyak 2 kali.

Pertama pada 1960, Shah Iran menubuhkan OPEC untuk pecah kawalan 2 organisasi ini, tetapi gagal selepas Shah Iran dijatuhkan. Selepas itu, OPEC menjadi kawalan NYMEX dan ICE. Kali kedua pada 2008, ada pakatan antara Russia, China, Iran, Venezuela dan negara Arab lain untuk pecahkan kawalan NYMEX dan ICE, tetapi gagal pada 2011 setelah revolusi berlaku di Tanah Arab.

Rujukan untuk harga minyak ada dua iaitu, WTI / Light Crude yang didagangkan di NYMEX dan Brent yang didagangkan di ICE. Kita di Asia ini selalunya merujuk kepada Brent. Selalunya apa yang kita nampak mengenai industri minyak ini ialah syarikat minyak seperti Shell, Mobil, Petronas dan lain-lain, pelantar minyak, kapal bawa minyak, pengaruh kerajaan dan lain-lain. Itu hanya sebahagian.

Yang kita tidak nampak, yang berpengaruh dalam bahagian kewangan di belakang ialah NYMEX dan ICE. Institusi-institusi kewangan antarabangsa ini juga di belakang World Bank, Asia Development Bank dan lain-lain iaitu sumber negara-negara di dunia meminjam duit untuk pembangunan negara.

Ini menyebabkan mereka sangat berpengaruh dalam menentukan harga minyak. Macam mana institusi-institusi kewangan di belakang NYMEX dan ICE ini boleh jadi pengaruh besar di dalam penentuan harga minyak dunia?

Sebelum kawasan minyak itu digali / teroka, mereka menjadi pelabur untuk kawasan-kawasan tersebut. Dan untuk mengembalikan keuntungan pelaburan, mereka dagangkan tempat yang belum diteroka / gali ini sebagai stok untuk masa hadapan. Konsep ini dipanggil sebagai FUTURE CONTRACTS.

Oleh itu kesemua negara pengguna minyak "beli balik" dari mereka untuk menjamin stok minyak masa hadapan dalam negara mereka, termasuklah negara pengeluar minyak juga sebab merekalah pelabur untuk kawasan-kawasan yang belum diteroka /gali itu.

Untuk penerangan / rujukan lebih lanjut, boleh baca sejarah dan peranan organisasi seperti New York Mercantile Exchange (NYMEX), Intercontinental Exchange (ICE), Dubai Mercantile Exchange (DBE), OPEC.

Boleh juga baca mengenai FUTURE CONTRACTS di mana institusi-institusi kewangan antarabangsa membeli kawasan minyak yang belum diteroka, 10/20 tahun lebih awal dan dagangkan sebagai stok masa hadapan. Dan negara-negara pengguna dan pengeluar minyak "beli balik" dari mereka untuk menjamin stok masa hadapan dalam negara mereka.

Sumber - www.azelery.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.