Semoga Bajet 2014 Lebih Mesra Kebajikan Rakyat - @MuhamadFaizHash

Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada oktober ini diharapkan dapat memberi kesan kepada kebajikan serta sosial ekonomi rakyat khususnya golongan muda bumiputera.

Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia saudara Muhammad Faiz Bin Hashim dalam kenyataan media beliau menyebut perkara ini perlu dilakukan kerajaan memandangkan tahap ekonomi terutama di bandar-bandar amat sulit kepada golongan muda yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan.

Golongan muda tidak menolak pembangunan serta kemodenan yang kerajaan usahakan. Tetapi pembangunan yang dilakukan perlu sama naik dengan taraf ekonomi rakyat. Kerana pembangunan yang dilaksanakan lebih memihak kepada sesuatu bangsa sahaja.

Berikut adalah kenyataan media saudara Muhammad Faiz Bin Hashim:

Pembentangan Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan bulan depan diharapkan agar lebih kepada bajet yang lebih mesra kepada Kebajikan. Ini memandangkan tahap kehidupan ekonomi rakyat terutama dibandar-bandar utama terutama survival golongan anak-anak muda yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan keluarga amat sulit ketika ini. Cabaran dan kos saraan hidup yang tinggi amat memerlukan sentuhan daripada pihak kerajaan menjiwai, mendengar rintihan hati dan merasai sendiri denyut nadi mereka ini. Rakyat dan golongan anak muda tidak menolak pembangunan dan kemodenan serta kepesatan kecanggihan yang ada. Tapi, apalah erti sebuah pembangunan sekiranya tahap sosial ekonomi rakyat berada di bawah. Adalah lebih baik sekiranya pembangunan yg ada di negara kita pada hari ini Seiring dengan tahap sosial ekonomi rakyat. Cukup dah dengan pembangunan yang ada di negara kita pada hari ini sehingga berada di tahap antarabangsa seperti Menara Berkembar Petronas dan sebagainya. Cuma Bajet 2014 pada kali ini, bajet untuk pembangunan biarlah dikurangkan dan bajet untuk Kebajikan rakyat sepatutnya dilebihkan. Selama ini, projek pembangunan lebih menguntungkan siapa? Bangsa apa yg lebih mendapat manfaat? Golongan mana? Tepuk dada tanya hati. Semoga Bajet 2014 pada kali ini adalah bajet yang mesra Kebajikan Rakyat, Mesra survival anak muda dan mesra golongan bawahan dan pertengahan sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini masih relevan untuk dikekalkan pada penggal mendatang.

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment