Macam Aksi Koboi, Enam Lelaki Cedera

Nibong Tebal: "Saya ingat bunyi mercun, tak sangka itu bunyi tembakan," kata saksi kejadian dua lelaki bertindak ala koboi melepaskan tembakan rambang di sebuah restoran di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, enam lelaki cedera akibat terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal.
Menurut saksi, dia berada di sebuah kedai berhampiran restoran terbabit sebelum terdengar bunyi letupan disusuli jeritan orang awam yang terkejut dengan kejadian itu.

"Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat lebih dekat apa berlaku. Saya lihat enam lelaki cedera ditembak dan mereka meminta tolong sebelum kami meminta bantuan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ketika kejadian, enam lelaki berkenaan minum di restoran sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang melepaskan tembakan secara rambang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment