Tumpu Kepada Saingan Liga Super - Dollah Salleh

JURULATIH pasukan Pahang, Dollah Salleh mahu anak didiknya melupakan kegagalan melangkah ke pentas akhir Piala FA selepas dikecewakan pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Sabtu lalu.

Sebaliknya, beliau ingin  memberi perhatian kepada kempen Liga Super dan misi memburu kejuaraan Piala Malaysia.

"Kita harus beri sepenuh perhatian untuk baki saingan liga. Malah, hasrat Pahang mencabar gelaran  Piala Malaysia masih terbuka.

"Kita akui kecewa gagal ke final tapi tetap berpuas hati melihat pemain menunjukkan persembahan bertenaga sehingga tiupan wisel terakhir perlawanan," katanya.

Skuad Tok Gajah menghuni tangga kelima hasil lapan menang, lima seri dan lima kalah bagi mengutip 29 mata.

Perlawanan seterusnya bakal dilalui Pahang adalah berdepan Perak di Stadium Darul Makmur, 22 Jun depan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment