Kenyataan KJ Diambil Dari Maklum Balas Orang Ramai Terhadap Tindakan FAM?


"APA saya boleh buat. Saya hanya bagi pandangan ikhlas mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang terkilan dengan teguran beliau.

Khairy bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan ketika diajukan wartawan pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Hassan Haji Sail, di sini, semalam.

Sebaliknya, beliau hanya menyifatkan pandangan disuarakan itu selaras dengan jawatan menteri yang menjaga perkembangan sukan tanah air.

Sebelum ini, Khairy membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.

FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP.

Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Khairy berkata, kenyataan dibuatnya itu merupakan pandangan diambil daripada maklum balas orang ramai yang mempersoalkan keputusan diambil FAM.



Bagaimanapun, kenyataan Khairy mengundang rasa kurang senang Sultan Ahmad Shah.

- SINAR HARIAN

*Kaji dulu sebelum keluar statement boss

Punca GAJAH Mengamuk Di Stadium

Apa lagi JDT Mahu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment