UPM ungguli Anugerah Sukan MASUM 2012

Muhyiddin Yassin (tujuh dari kiri) bersama para penerima anugerah MASUM 2012 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam, malam tadi. Turut kelihatan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (enam dari kiri).

SHAH ALAM - Universiti Putra Malaysia (UPM) mengungguli Majlis Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2012 selepas dua penuntutnya membolot anugerah Olahragawan dan Olahragawati di sini, semalam.

Atlet tenpin boling, Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malik dinobatkan sebagai Olahragawan manakala anugerah Olahragawati disandang atlet terjun, Cheong Jun Hong.

UPM juga menggondol anugerah Bintang Harapan (Wanita) menerusi Noor Izzati Jasni yang merupakan atlet sukan menembak selain menerima anugerah Jurulatih Terbaik menerusi Siti Aishah Sudin dalam sukan memanah.

Bagi anugerah Bintang Harapan (Lelaki) pula dimenangi atlet sukan hoki, Shazrul Imran Nazli daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penyampaian anugerah itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dalam Majlis Anugerah Sukan MASUM 2012 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM di sini.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Ab. Rahim Md. Noor dipilih sebagai Tokoh Sukan MASUM.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130602/su_03/UPM-ungguli-Anugerah-Sukan-MASUM-2012#ixzz2V2qL1yLN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment