Sultan Pahang Rasmi Kompleks Mahkamah Kuantan

KUANTAN - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli merasmikan Kompleks Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Mahkamah yang beroperasi sejak 23 Julai 2012 itu dibina di tanah seluas 94,000 meter persegi dengan kos RM159 juta dan mampu memuatkan 800 kenderaan pada satu-satu masa.

Menempatkan 23 bilik perbicaraan iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, kompleks itu turut dilengkapi bilik sokongan seperti ruang pejabat, perpustakaan, bilik fail dan bilik mesyuarat

Sultan Ahmad Shah, dalam titah baginda berharap mahkamah itu akan meneruskan kecemerlangan keadilan yang dipamer sebelum ini demi kesejahteraan negara.

"Proses memastikan kelangsungan keadilan perlu dipertingkat bagi memastikan rakyat mendapat manfaat," titah baginda.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Sultan Ahmad Shah bertitah pembinaan kompleks itu merupakan petanda kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi negara.

"Saya amat sukacita melihat pelaksanaan satu lagi projek kemakmuran di negeri Pahang yang mana dapat memperluas kemudahan kepada rakyat dalam sistem kehakiman.

"Saya merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana memastikan pelaksanaan projek ini, dan kepada Jabatan Perdana Menteri yang telah melihat keperluan rakyat saya," titah baginda.

Baginda juga berharap kewujudan kompleks itu akan membolehkan masyarakat sekitar menikmati penyampaian perkhidmatan kehakiman yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. - Bernama

*Projek mcm ni merugikan kerajaan pun ada aku rase. Berapa ramai peguam yg menentang kerajaan yg bagi kemudahan sehebat mahkamah Kuantan dan mahkamah2 lain. Dasar xpandai bersyukur...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment