SPR Yang Sama Tapi Di P.Pinang, Kelantan Dan Selangor Keputusan Dihalalkan

KUALA LUMPUR 13 Mei – Sudah menjadi tabiat kepada pembangkang yang tidak pernah berpuas hati dan akan cuba mencari apa sahaja kesalahan terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 apabila mendapati perkara itu tidak memihak kepada mereka.

Pelbagai alasan serta pembohongan dibuat oleh pembangkang untuk menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap apa yang berlaku dengan membuat pelbagai fitnah sehingga sanggup mengadakan perhimpunan haram serta demonstrasi.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad berkata pembangkang tidak pernah setuju atau menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang tidak menyebelahi mereka, tetapi jika sebaliknya, mereka akan berdiam diri dan mengiyakan perkara itu.

"Pembangkang seharusnya akur dengan keputusan dan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat, mengapa perlu mempertikainya sedangkan pilihan raya baru-baru ini turut mendapat pujian daripada pelbagai pihak dari luar negara kerana telah berjalan dengan baik, hanya pembangkang sahaja yang tidak menerimanya.

"Yang peliknya, mereka tidak pula mempertikaikan kejayaan mempertahankan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tetapi menyalahkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) apabila tidak berjaya menawan Putrajaya, kerana itulah idaman mereka yang sebenarnya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Normah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang tidak menerima keputusan pilihan raya ke 13 dengan membuat tuduhan dan fitnah bukan sahaja kepada SPR, malah Barisan Nasional turut menjadi mangsa ketidak puasan hati mereka berikutan kegagalan pembangkang untuk memerintah.

Menurutnya, tindakan pembangkang mengheret rakyat untuk bersama-sama dengan mengadakan perhimpunan haram dan demonstrasi sebagai tanda bantahan adalah untuk menutup kelemahan mereka atas kegagalan pada pilihan raya lalu.

"Sebelum pilihan raya lalu, mereka berkeyakinan tinggi akan menawan Putrjaya, namun keputusan pilihan raya telah menyebabkan apa yang diimpikan itu tidak menjadi kenyataan, untuk menutup malu terhadap apa yang berlaku mereka menyalah pihak lain atas kegagalan itu, itulah tabiat pembangkang yang tidak pernah berpuas hati.

" Sepatutnya jika benar pilihan raya ini tidak betul, sepatutnya mereka tidak seharusnya menerima keputusan negeri yang dimenangi serta menubuhkan kerajaaan," katanya. -MediaUMNO

Sumber - http://69.64.65.50/?p=85656&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment