Fauzi Sedar Akan Kalah Di Indera Mahkota

Pembangkang mungkin telah sedar bahawa mereka akan kalah dalam PRU13 ini. Tapi mereka tidak akan menyerah kalah dengan semudah ini. Khabar dari rakan-rakan menyatakan ada gerakan berbau hasutan dari pemimpin-pemimpin pembangkang yang mula memfitnah BN. Mereka mewujudkan suasana "playsafe" dengan bakal menyalahkan BN apabila kalah dalam PRU13 nanti. Mereka menaikkan kemarahan rakyat yang percaya dengan tuduhan mereka kekalahan pembangkang adalah konspirasi BN.

Perkara ini nampak lebih jelas apabila calon P082 Indera Mahkota, Dato' Fauzi Abd Rahman (PKR) juga dilihat cuba melakukan perkara yang dinyatakan. Beliau cuba menuduh kononnya BN akan membawa pengundi hantu di kalangan PATI pada ahad ini. Perkara ini dilihat di dalam laman twitter beliau.

Pada 3 Mei 2013 (semalam) beliau telah mengupload gambar (gambar di atas)beliau bersama penyokong pembangkang di sebuah bangunan yang belum siap dibina sepenuhnya. Seorang "follower" beliau di twitter tanya tentang status bangunan yang dilihat seperti terbengkalai itu angkara siapa. Namun jawapan dari calon PKR itu adalah bangunan itu dibina untuk mengurung pengundi hantu yang dikatakan dari kalangan PATI.

Ini adalah salah 1 cara calon pembangkang untuk memburukkan keadaan. Apabila keputusan PRU13 diumumkan & keputusan tidak memihak kepada beliau maka perkara ini pasti BN yang mereka tuduh. Ini bakal menimbulkan kemarahan rakyat setempat dan kemungkinan juga bakal mengundang kekecohan di kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Dengan kenyataan ini diharap pengundi semua tidak terpedaya dengan tipu helah yang bermacam-macam dari calon pembangkang. Mereka mula sedar bahawa sokongan rakyat terhadap BN kuat & mereka terpaksa menggunakan kaedah "kotor" untuk memenangi PRU13 ini. Seandainya mereka kalah maka mereka menghasut rakyat supaya memberontak menolak keputusan PRU13.

Calon seperti ini memang tidak layak untuk jadi pemimpin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment