BlackBerry Q10: Malaysia Pasaran Pertama Di Asia

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama di Asia untuk mendapatkan BlackBerry Q10, setelah pelancaran Z10 pada Februari 2013. Q10 mula diedarkan kepada pengguna secara rasminya pada hari Rabu, 15 Mei. 

Q10 mempunyai skrin sesentuh OLED 3.1 inci dengan resolusi 720 X 720. Berbeza dengan Z10, Q10 mempunyai kekunci QWERTY yang sudah menjadi sinonim dengan telefon pintar milik BlackBerry.

Q10 juga mempunyai ciri BlackBerry Balance dimana pengguna boleh menukar diantara profil kerja  dan peribadi untuk mesej, emel dan aplikasi.

Pengguna juga boleh 'swipe' skrin sesentuh untuk menukar diantara aplikasi dengan BlackBerry Hub.

Dengan Q10, BlackBerry Messenger mempunyai ciri perbualan video dan membenarkan pengguna untuk kongsi gambar atau dokumen dengan mudah.

Seperti Siri untuk iPhone dan iPad dan S Voice untuk telefon pintar Samsung, BlackBerry Q10 juga mempunyai ciri kawalan suara untuk menghantar mesej BBM, membuat jadual mesyuarat, atau mengemas kini status Facebook.

Telefon pintar Z10 dan Q10 dilancarkan pada 30 Januari di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain atas cubaan BlackBerry (yang dulu dikenali sebagai Research in Motion) untuk atasi pesaing terdekat mereka iaitu Apple dan Samsung.

Walaupun ramai sudah beralih untuk mengguna produk Apple atau Samsung, menurut kajiselidik yang dikendalikan oleh YouGov, pengguna sedia ada yang ingin membeli telefon pintar BlackBerry yang baru meningkat dari 18 peratus pada tahun 2012 ke 43 peratus awal tahun ini.

Penjenamaan semula BlackBerry dan juga penggunaan sistem operasi baharu untuk Z10 dan Q10 adalah antara faktor jenama BlackBerry boleh diterima semula oleh pengguna.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment