Tiada Sebab Rakyat Perlu Sokong Anwar

RAUB - Tiada sebab bagi rakyat menyokong pemimpin 'pakatan' rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan ramai rakan seperjuangan Ketua Pembangkang itu sudah meninggalkannya kerana hilang kepercayaan terhadap beliau, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Perdana Menteri berkata rakyat perlu menilai mengenai perkara tersebut kerana mereka yang meninggalkan Anwar, antaranya Dr Chandra Muzaffar, Profesor Dr Sidek Baba dan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor adalah individu yang rapat dengan beliau.
   
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata hal itu menunjukkan bahawa kepimpinan Anwar tidak mendapat sokongan yang kukuh dan berkesan daripada orang di sekelilingnya.
   
"Dalam PKR (Parti Keadilan Rakyat), orang yang tinggalkan parti itu ialah mereka yang rapat dengan Anwar. Ini yang saya rasa pelik. Kalau orang jauh saya faham.
   
"Sebagai pengundi, kita perlu tanya. Kalau pemimpin seperti ini ditolak oleh mereka yang di sekelilingnya, kenapa nak tatang," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang kampus Raub di sini, hari ini. - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment