Hint rusuhan Pakatan akan berlaku esok sudah menjelma malam ini di seluruh negara #PRU13

Penyokong pembangkang telah membuat kekecohan di seluruh Malaysia malam ini dengan berkumpul beramai-ramai di tepi jalan serta bertindak ganas kepada penyokong BN

Ini kerana Pakatan tahu akan kalah dan mereka kini sedang buat reverse psychology kepada penyokongnya bahawa mereka akan menang. Malah blog Pakatan sendiri mendedahkan sumber war room PR menyatakan BN akan menang.

MAKLUMAT terkini dari bilik perang (war room) Pakatan Rakyat di Tropicana dan perisikan tentera menunjukkan BN akan menang dengan 146 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat 76 kerusi.

Laporan dari beberapa bilik perang Pakatan Rakyat yang lain seperti di Pulau Pinang dan Jalan Raja Laut juga, tidak menunjukkan banyak perbezaan.

Berdasarkan pengalaman lepas, laporan perisikan seumpama ini mempunyai margin tambah tolak (plus/minus) antara 5% – 10%.

Walaupun BN masih gagal mencapai sasaran untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen, tapi yang nyata, Pakatan Rakyat juga masih gagal untuk menawan Putrajaya dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Jika Pakatan kalah, ia adalah kerana BN menipu dengan bawa masuk pengundi hantu & pakat dengan  SPR .

Perancangan mereka  sudah lama
untuk melakukan rusuhan seperti Arab Spring dan pada hari pembuangan undi adalah yang terbaik. Masa itu akan berlaku boikot dan menolak proses pembuangan undi sebelum waktu mengundi jam 5 petang.

Pada malamnya mereka menolak keputusan undi dan tidak menerima keputusan keseluruhan undi PRU13 ,haprak pakatan akan turun dijalan raya merusuh dan mendakwa kononnya mereka kalah PRU13 disebabkan penipuan.

Selepas berlaku rusuhan,maka desakan dibuat untuk satu badan bebas dari Barat untuk memantau pilihanraya. Ketika itulah baru haprak pakatan menang atas bantuan daripada negara Barat sepertimana yang berlaku di negara negara lain. Pakatan cukup terdesak,terutamanya Anwar..,maka mereka harus melakukan apa saja menghalalkan cara asalkan matlamat mereka tercapai.

Di bawah ini adalah info yang rakan bloger terima dari Bangsar  mengenai perancangan jahat Pakatan ketika hari pengundian esok..

Mereka bakal merusuh di setiap pusat pengiraan undi dan akan memulakan revolusi di seluruh negara.
-Bersih 4.0
-Perhimpunan 505
-Gerakan Kebangkitan Rakyak-Hishamuddin Rais

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat akan bermula selepas tamat pembuangan undi 5/5/2013 jam 1830. Peserta 505 akan berhimpun di setiap pusat penjumlahan negeri masing-masing di seluruh negara. Gerakan Propaganda akan dimulakan dengan menyebarkan berita-berita yang mampu membangkitkan kemarahan dikalangan penyokong dan Ahli Pakatan Rakyat.
Penyebaran Propaganda akan dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) serta media elektronik dan media cetak (Risalah).

Kemuncak Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 505 akan diadakan pada 6/5/2013 di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Kerajaan Selangor telah mengumumkan cuti peristiwa pada tarikh tersebut untuk memudahkan mobilisasi penyokong. Kehadiran dianggarkan 50,000 orang dimana mereka akan dipecah-pecahkan mengikut kumpulan kecil. Sumber nyatakan pergerakan rakyat akan bermula dari luar Putrajaya dan berarak ke arah PMO (belum dimuktamadkan).

Sumber 2 nyatakan bahawa jentera PAS Serdang dan Cempaka akan bergerak menuju ke Putrajaya pada tengah hari esok, untuk melakukan roadblock untuk menghalang kononnya daripada dokumen dibawa keluar. Tempat perkumpulan adalah di masjid Putra.
Penyokong akan dikerahkan ke Putrajaya dan matlamat akhir di Bangunan PMO.

Matlamat perkumpulan adalah :-
● Sekiranya menang, meraikan kemenangan PR
● Sekiranya kalah, menunjukkan gerakan rakyat yang mahukan pilihanraya yang adil.
● Sekiranya berlaku kekecohan, untuk perkara 1 dan 2, kedua-duanya adalah salah BN.

Sumber nyatakan situasi esok, lebih kepada perkara yang kedua.
Sumber 1 minta diambil tindakan segera terhadap senarai bilik gerakan yang telah diberi dengan tumpuan khusus kepada pusat propaganda di : No 3-4, Jalan Bangsar Utama 3 Off Jalan Bangsar, KL

Sumber: Rakan Bloger
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment