Pembangkang Terdesak

Mungkin sekarang dah ramai yg bangun untuk menunaikan solat subuh. Tapi untuk hari ni ada yg masih belum tidur untuk meraih undi disaat2 akhir.

Ketika saya dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Pekan (malam tadi) saya dikejutkan dengan cara berkempen yg agak terdesak dari penyokong pembangkang dalam Parlimen Pekan, kubu kuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka berdiri di bahu jalan hadapan Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan bagi meraih undi orang ramai yg lalu lalang. Dalam aktiviti yg terdesak itu ada juga berlaku pertembungan di antara penyokong pembangkang yg semuanya Melayu dgn penyokong BN. Sedikit pengtekaran berlaku namun tiada sebarang insiden tidak diingini terjadi.

Lebih mengejutkan apabila ada penyokong yg menyuarakan mereka tak akan tidur sehingga siang semata2 untuk kempen cara terdesak ini. Yang agak menyedihkan mereka semua Melayu yg rata2 ahli PAS & PKR. Tidak nampak seorang pun yg menampakkan ahli DAP.

Sedang mereka bersusah payah berkempen cara kurang sihat ini jentera BN Pekan nampak tidak mempedulikan sangat dgn perkara ini. Jentera BN Pekan lebih menumpukan gerak kerja utk program bersama rakyat pada hari ini. Jelas BN lebih mementingkan rakyat daripada kuasa politik.

Mereka sanggup lakukan apa saja demi mengejar nafsu mereka utk mengusai negara Malaysia. Lagi memburukkan aktiviti yg dipanggil "flash mob" ini dikhabarkan bukan setakan di Pekan mahupun negeri Pahang,bahkan telah merebak ke seluruh Malaysia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment