Anak syarikat Pasdec peroleh kontrak hospital pakar RM57 juta

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Pasdec Holdings Bhd, Pasdec Bina Sdn Bhd, memperoleh kontrak RM57.95 juta daripada Pahang Specialist Hospital Sdn Bhd untuk membina dan menyiapkan kerja-kerja utama hospital pakar swasta sembilan tingkat di Tanjung Lumpur, Kuantan.
   
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, kontrak berkenaan adalah untuk tempoh 18 bulan dan dijangka siap pada 29 Okt, 2014.
   
"Kontrak dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Pasdec bagi tahun kewangan dalam tempoh kontrak itu. - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment