Alex Selamatkan Tok Gajah

KUANTAN - Pahang bernasib baik apabila tandukan Azammuddin Mohd. Akil pada waktu kecederaan menyelamatkan pasukan itu daripada tersungkur di tempat sendiri selepas seri 1-1 dengan pendahulu, LionsXII pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur semalam.

Dalam perlawanan itu, Pahang mengatur asakan bertali arus untuk mencari gol penyamaan, namun pertahanan LionsXII sering menggagalkan cubaan tersebut.

Namun Azammuddin akhirnya melegakan tuan rumah dengan menjaringkan gol penyamaan ketika saingan tinggal beberapa saat untuk ditamatkan.

LionsXII terdahulu mendapat gol tunggal hasil sepakan percuma Shahril Ishak pada minit ke-10 selepas kapten mereka, dijatuhkan oleh Damion Delano Stewart.

Cubaan pemain LionsXII, Fazrul Nawaz untuk menambah jaringan pada minit ke-27 menerusi sepakan kencang gagal apabila berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Pahang, Mohd. Rosfaizul Azuar Ali.

Pahang yang cuba menyamakan kedudukan menerusi Abd. Malik Md. Arif minit ke-33 yang membawa bola seorang diri ke dalam kotak penalti gagal apabila sepakannya tersasar ke tepi pintu gol.

Lions XII terus mengandakan serangan untuk merobek gawang tuan rumah tetapi tiada gol berjaya dihasilkan sehingga habis babak pertama.

Walaupun skuad Tok Gajah bermula garang pada babak kedua namun cubaan demi cubaan tuan rumah tidak membuahkan hasil selepas penjaga gol lawan, Izwan Mahbud cemerlang pada perlawanan itu.

Pahang terus menggandakan usaha untuk menjaringkan gol tetapi tandukan Matias Ruben Conti pada minit ke-49 yang masuk ke dalam gawang lawan telah ofsaid.

Sementara itu, di Stadium Perak, Ipoh, Terengganu berjaya membawa pulang tiga mata berharga selepas menumbangkan pasukan tuan rumah, Perak 3-1.

Terengganu berada di depan pada minit ke-18 hasil jaringan Abdul Manaf Mamat sebelum Perak menyamakan kedudukan melalui gol penyerang mereka Azlan Ismail.

Hasrat Perak untuk bangkit tidak kesampaian malah pasukan pelawat berjaya menambah dua gol menerusi Fakrulrazi Musa pada minit ke-65 dan jaringan penalti Khairul Ramadhan Zauwawi empat minit sebelum perlawanan tamat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment