BN Yakin Bentuk Kerajaan, Rampas Selangor..? #PRU13 #BN

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus membentuk kerajaan serta merampas kembali Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Ahad ini.

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan laporan diterima menunjukkan proses transformasi dilaksanakan kerajaan BN dalam tempoh lima tahun lalu diterima baik oleh rakyat di seluruh negara.

"Kita lihat keyakinan rakyat Selangor sudah kembali kepada BN selepas kita berjaya memulihkan semangat jentera parti dan memulihkan keyakinan mereka.

"Kita juga sudah meminta maaf kepada rakyat terhadap kesilapan yang kita lakukan sebelum ini," katanya pada majlis sarapan pagi PM bersama calon BN Parlimen Sepang serta masyarakat setempat di pekarangan Bilik Gerakan BN DUN Dengkil di sini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment