Pengundi Muda Sentiasa Sokong Najib Di Pekan

Petang tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa lebih kurang 1jam di Dataran Pekan bersama pengundi muda untuk Parlimen itu.

Sokongan yang cukup kuat digambarkan dengan kehadiran lebih kurang 5000 membanjiri Dataran Pekan.

Najib dalam ucapan percaya bahawa golongan muda kini menyokong kerajaan Barisan Nasional dan menolak Pakatan Pembangkang. Pembangkang gagal untuk membuka peluang pekerjaan di negeri taklukan mereka berbanding peluang pekerjaan yang banyak di Pekan hasil pembukaan perniagaan atas pelaburan asing. Ini memberi manfaat kepada penduduk tempatan mendapat peluang pekerjaan bagi menjamin masa depan mereka. Najib juga memberitahu kerajaan BN bakal mewujukan 3.3juta peluang pekerjaan menjelang 2020 hasil dari pengurusan yang baik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Perbalahan secara berterusan di dalam pakatan pembangkang membuktikan ketidakcekapan mereka untuk mengedali sebuah negara. Pembangkang hanya mampu menabur janji madu yang beracun.

PM menyarankan golongan muda terus menyokong Barisan Nasional agar transformasi yang bakal dilaksanakan beliau tercapai. Kecekapan kerajaan membantu rakyat dari setiap sudut termasuk kepada perusahaan kecil dari segi bantuan pinjaman TEKUN.

Kerajaan BN juga berjaya memenangi hati golongan muda dengan menganjurkan aktiviti yang dapat mendekatkan golongan ini dan kerajaan.

Dalam ucapan beliau lagi Najib yakin dan percaya lebih banyak pembangunan yang bakal dilakukan oleh kerajaan BN. Jesteru beliau mahu rakyat memberi mandat kepada beliau serta calon-calon BN yang bertanding di DUN dalam parlimen Pekan.

Najib menyatakan pendirian beliau takkan lari dari parlimen Pekan tidak seperti sesetengah pemimpin pembangkang yang berpindah randah kerana mereka tidak mampu menunaikan janji kepada rakyat. Najib menyatakan akan setia kepada penyokong beliau. Rakyat Pekan juga tetap kuat menyokong beliau kerana telah banyak kemajuan di Pekan yang telah dibawa oleh PM. Najib seru pengundi keluar mengundi awal esok dan berharap Pekan mendapat mejoriti besar kali ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment