Sekitar Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun UMNO Ke 67

Majlis ini diadakan sempena memperingati ulang tahun penubuhan UMNO yang ke 67 serta tanda kesyukuran kemenangan Barisan Nasional di dalam PRU13.

Majlis dihadiri oleh YAB Presiden Parti, Naib-naib Presiden, Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Exco-exco dari Wanita, Pemuda, Puteri serta ribuan ahli-ahli yang hadir dari seluruh Malaysia.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib kemudian disusuli dengan Solat Sujud Syukur, Solat Hajat serta bacaan Surah Yasin.

Majlis turut dihadiri mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan isteri. Majlis diakhiri dengan jamuan makan di Dewan Merdeka, PWTC.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment