Dewan Pemuda PAS Malaysia Sedia Bertemu KJ - Nasrudin

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Hj. Nasrudin Hassan dalam laman facebook beliau hari ini menyatakan kesediaan pihak DPMM untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

Nasrudin menyambut kenyataan Khairy yang mahu bertemu serta menerima pandangan semua pemuda parti-parti polistik termasuk DPMM bagi pembangunan sukan negara.

Antara petikan dari laman facebook Nasrudin:

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu mengadakan pertemuan dan menerima pandangan semua pemuda parti-parti politik termasuk Dewan Pemuda PAS Malaysia.

2. DPPM telah lama menantikan kenyataan terbuka seperti ini. Khairy menunjukkan kecerdikan apabila mempelawa semua pihak bagi memberikan pandangan demi membangunkan sukan negara. Mungkin beliau telah belajar bahawa sikap menjuzukkan pemerintahan dari rakyat atau mempolitikkan semua perkara akan merugikan negara. Kini beliau telah matang bahawa menjadi pemimpin kerajaan adalah suatu amanah untuk ditunaikan. Kerajaan adalah hak rakyat dan rakyat perlu diberi peluang memberikan pandangan, buah fikiran serta sumbangan bagi membangunkannya dan ia tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik semata-mata. Rakyat juga sudah bosan dengan sikap 'politiking' pemimpin dalam semua perkara, termasuk isu-isu negara.

3. DPPM menganggap Sdr Khairy adalah antara pemimpin politik yang bersikap terbuka ditengah-tengah pemimpin veteran partinya yang jumud dan konservatif. Kerana itulah beliau lambat naik kerana sentiasa dicurigai oleh pemimpin senior yang berfikiran terkebelakang. Sebaiknya pemimpin UMNO seperti Datuk Ser Dr Zahid Hamidi dan lain-lainnya meneladani keterbukaan Khairy dalam menangani sesuatu isu. Jangan bertindak secara emosi dan berat sebelah kerana rakyat akan menilai kecerdikan atau kebodohan pemimpin tersebut. Mentaliti sempit Dr Zahid Hamidi perlu diubah supaya beliau dan Menteri-menteri lainnya dianggap cerdik dan layak memimpin negara.

4. DPPM bersedia mengadakan pertemuan dengan YB Sdr Khairy Jamaluddin bagi memberikan pandangan dan idea demi membangunkan sukan negara. DPPM juga sanggup mengadakan kerjasama dalam apa juga program yang dianjurkan bagi memastikan belia di negara ini mendapat manfaat daripada kementerian dan kerajaan.

5. Dalam soal pembangunan rakyat dan negara terutama yang berkaitan dengan golongan belia, DPPM sanggup mengenepikan sentimen politik kepartian.

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment