Pemain Perlu Buat Laporan Polis - Tengku Abdullah

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan agar pemain yang menjadi mangsa ugutan bookie untuk tampil membuat laporan polis.

"Perkara ini perlu diberi perhatian dengan sewajarnya. Kepada pemain yang menerima ugutan itu haruslah melaporkan kepada pihak polis.

"FAM tidak mempunyai kuasa dalam hal itu kerana ianya hal jenayah dan pihak polis pasti akan mengambil tindakan," kata  baginda kepada media selepas melancarkan kad debit Visa Bank Islam 'Team Harimau' di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Baginda juga menasihatkan kepada para pemain agar menjauhkan diri dan jangan sesekali  menerima sebarang wang suapan dari bookie.

"Jangan ambil langsung dan jauhkan diri dari bookie kerana ianya bahaya serta boleh merosakkan mutu bola sepak negara," katanya.

Menurutnya, pihak FAM bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  akan mengadakan pertemuan esok di Majlis Sukan Negara bagi membincangkan mengenai isu rasuah dalam bola sepak yang kini kembali melanda Liga Malaysia.

Sumber - www.sinarharian.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment