40 Balai Bomba Dibina Menjelang 2015

KUANTAN, 18 Mei (Bernama) — Empat puluh lagi balai bomba akan dibina di seluruh Pahang menjelang 2015, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Beliau berkata balai-balai tersebut akan dibina secara berperingkat di kawasan luar bandar dan pekan kecil bagi memastikan tempoh respons terhadap setiap aduan yang diterima dapat dipendekkan.

"Pemilihan lokasi akan dimuktamadkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan lokasi yang dicadangkan ialah di Felda Chini, Pekan, Sungai Lembing, Kuantan, Benta dan Kuala Lipis.

"Bagi memastikan operasi di setiap balai bomba itu berjalan lancar, kita akan tempatkan pegawai terlatih untuk menyelia semua urusan dan pengendalian setiap aduan yang diterima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Anggota Bomba Sedunia 2013 peringkat negeri Pahang di sini hari ini.

Abdul Wahab berkata latihan secara berterusan juga akan disediakan kepada anggota bomba sukarela yang ditempatkan di balai berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata jabatan itu menyelamatkan RM1.7 bilion harta benda sepanjang tahun lalu, meningkat 22 peratus berbanding 2011.

"Jumlah kerugian akibat kebakaran pula mencatat penurunan lapan peratus iaitu RM26.5 juta, berbanding RM31.4 juta pada 2011," kata beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment