PKR Mahu Singapura Beri Peluang Kedua

pada 23-05-2013 12:05 Ditulis Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
 
KUALA LUMPUR: PKR hari ini merayu Pesuruhjaya Singapura agar terus memberikan permit kepada 21 rakyat Malaysia yang mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 pada 5 Mei di Merlion Park, Singapura.
 
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata kesemua rakyat Malaysia yang ditahan itu berhak menyatakan solidariti mereka terhadap perlunya pilihan raya yang bersih di negara mereka sendiri.
 
"Saya menggesa agar Pesuruhjaya Singapura terus memberikan peluang kedua kepada mereka semua. Mereka berhak mendapat permit mereka.
 
"Kalau tidak bagaimana mereka hendak mencari nafkah kerana mereka juga adalah penyumbang kepada ekonomi Singapura selama ini," katanya selepas menyerahkan memorandum 'Malaysia harus memberi peluang kedua kepada pekerja Malaysia' di sini tadi.
 
Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Pesuruhjaya Singapura, Haris Rusdi Chai dan Ramanathan Manivasagan.
 
Untuk rekod polis Singapura sebelum ini memberi nasihat perhimpunan seumpama itu melanggari undang-undang Singapura.
 
"Pihak polis ingin menegaskan, sementara orang luar dibenar bekerja dan tinggal di sini, mereka perlu mematuhi undang-undang kita.
 
"Mereka tidak boleh membawa masuk isu dalaman dari negara mereka ke Singapura dan melakukan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam, kerana mungkin terdapat kumpulan dengan pandangan yang berbeza.
 
"Mereka yang melanggar undang-undang akan ditangani secara serius," kata akhbar itu memetik jurucakap polis sebagai berkata menerusi satu kenyataan.
 
Penahanan itu dilakukan selepas amaran dikeluarkan tetapi tidak dipedulikan oleh mereka yang ditahan.

Sumber - antarapos.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment