21 Rakyat Malaysia Ditahan Di Singapura

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih lagi berhubung dengan Pegawai Suruhanjaya Malaysia di Singapura bagi membantu 21 rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa republik itu semalam.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan setelah melanggar Akta Kesalahan Imigresen Singapura.

Beliau berkata pihaknya juga akan berusaha sebaik mungkin melicinkan sebarang proses pembebasan selain mendapatkan maklumat yang diperlukan dari semasa ke semasa.

Tan Sri Khalid turut memberi nasihat agar semua rakyat malaysia di luar negara tidak terpengaruh sekaligus terlibat dalam aktiviti yang merugikan serta mencemar nama baik negara.

Memetik laporan akhbar Straits Times, polis Singapura telah menahan 21 rakyat Malaysia selepas kesemua mereka didakwa menunjuk perasaan di Merlion Park, Singapura semalam.

Penahanan itu dilakukan selepas amaran dikeluarkan terhadap 9 rakyat Malaysia kerana mengambil bahagian secara aktif dalam perhimpunan haram Rabu lalu.

Sumber - www.tv3.com.my
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment