Harga Kereta Turun Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR 17 Mei - Aku Janji Barisan Nasional (BN) ketika kempennya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menurunkan harga kereta akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan berjanji untuk memperhalusi isu tersebut seterusnya menurunkan harga sepertimana yang dijanjikan.

"Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak.

"Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu yang dibangkitkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustapa yang dilantik semula untuk menjawat jawatan yang disandang beliau menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar dalam menghadapi situasi ekonomi serta politik negara yang berubah secara radikal.

Mengenai Aku Janji BN menurunkan harga kereta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus dari harga asal.

Menurut penganalisis ekonomi, penurunan secara berperingkat adalah wajar ekoran kerajaan perlu melihat kepada skop pasaran sampingan lain seperti perusahaan menjual kereta terpakai.

Selain menurunkan harga kereta, BN turut berjanji untuk meneruskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimana jumlahnya juga akan ditambah selain meningkatkan pembinaan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Aku Janji lain termasuk, meningkatkan jumlah pekerjaan berpendapatan tinggi dengan meningkatkan pelabur asing dan penambahbaikan sistem kesihatan rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment